Kerajaan telah mengumumkan kerja-kerja pemasangan internet jalur lebar untuk pengguna kediaman kini hanya dibenarkan di kawasan Zon Hijau sahaja. Arahan terbaru ini turut melibatkan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan.

Pihak yang terlibat di dalam kerja pemasangan ini hanya dibenarkan untuk memasuki kediaman pelanggan hanya jika terletak di dalam zon hijau yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sebelum memasuki premis, kedua-dua pihak iaitu pemasang dan pelanggan perlu mendapatkan sijil pengesahan kesihatan terlebih dahulu. Pihak yang memasang juga perlu mematuhi garis panduan interaksi apabila bertemu pelanggan.

Kerja-kerja pemasangan baru, pembaikan dan penyelenggaraan di kediaman penggua internet jalur lebar di kawasan zon kuning dan merah adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kerja-kerja pencarisilapan (troubleshooting) bagi pengguna di zon kuning dan merah hanya setakat di poin pengagihan (distribution point) sahaja.

Hanya premis-premis yang menyediakan perkhidmatan penting dah kritikal di zon kuning dan merah sahaja dibenarkan masuk untuk menjalankan kerja-kerja. Pemasangan CPE sebenarnya juga boleh dilakukan oleh pelanggan sendiri.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemasangan baru untuk internet jalur lebar telah ditangguhkan sepenuhnya oleh penyedia-penyedia telekomunikasi. Menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh SKMM, kerja-kerja pemasangan hanya dibenarkan di kawasan-kawasan yang kritikal sahaja.

Tinggalkan komentar