Utama Mobile Telefon lama akan dikitar semula menjadi pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020

Telefon lama akan dikitar semula menjadi pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020

1356
2

Jawatankuasa penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengharapkan agar pingat-pingat yang dimenangi oleh para atlet nanti akan diperbuat daripada telefon pintar dan peranti-peranti yang dikitar semula.

Menurut Japan Times, pihak penganjur telah memohon orang ramai di Jepun supaya mendermakan peranti-peranti lama mereka untuk dikitar semula sebagai pingat emas, perak dan gangsa. Sempena Olimpik Tokyo 2020, sebanyak 5,000 butir pingat perlu dihasilkan dan ia memerlukan sebanyak 8 tan logam-logam berkenaan.

Bahan seperti logam terpakai pernah digunakan sewaktu proses penghasilan pingat pada edisi Sukan Olimpik Rio 2016 yang lalu. Namun, pihak jawatankuasa menyatakan bahawa Tokyo 2020 adalah yang pertama menghasilkan pingat dari bahan-bahan di dalam peranti lama dan ia akan dibuat daripada bahan terpakai 100 peratus.

Bagi mengumpulkan peranti-peranti terpakai yang diperlukan, jawatankuasa penganjuran telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat telekom terbesar di Jepun, NTT Docomo dan 日本環境衛生センター (Pusat Sanitasi Alam Sekitar Jepun). Penduduk Jepun boleh membuang peranti-peranti lama di kotak pengumpulan yang ditempatkan di 2,400 kedai-kedai NTT Docomo di seluruh Nihon.

Pihak jawatankuasa turut menyatakan bahawa sebanyak jutaan peranti diperlukan bagi mencapai sasaran menghasilkan 5,000 butir pingat untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Sumber berita diperoleh dari Japan Times

2 KOMEN

Tinggalkan komentar