Beberapa bulan yang lalu, terdapat satu undian di dalam Twitter yang mana Xbox Series X mengalahkan cokelat Skittles. Undian tersebut menarik perhatian ramai apabila Pengurus Pemasaran Xbox, Aaron Greenberg telah berjanji akan menghasilkan peti sejuk mirip konsol berkenaan.

Menerusi acara E3 2021 baru-baru ini, Microsoft telah menutup ucaptamanya dengan pengumuman peti sejuk mini mirip konsol Xbox yang akan mula dijual sekitar penghujung tahun ini.

Peti sejuk tersebut dinamakan sebagai Xbox Mini Fridge dan dikatakan sebagai peti sejuk mini “paling berkuasa di dunia” yang dibina dengan teknologi terhebat “Xbox Velocity Cooling Architecture”.

Walaubagaimanapun, peti sejuk mini Xbox ini tidak akan dipasarkan ke Malaysia seperti mana Xbox Series X dan Series S tidak dijual di pasaran tempatan.

Tinggalkan komentar