Dah lama sebenornya gua tak main bola petang-petang ni. Ikutkan tiap-tiap petang gua nak turun. Tapi bila dikenangkan akan kelewatan para pemain di sekitar di Paloh ini untuk turun bermain membuatkan gua jadi malas nak main.

Pukul 6.30 petang baru nak nampak batang hidung. Sembang borak-borak dulu sambil pakai but sahaja dah ambil masa dekat setengah jam. Lebih kurang dekat pukul 7 baru sepak mula. Tendang-tendang lebih kurang, tak lama lepas tu dah azan Maghrib.

Tak kan dah tua bangka macam gua ni bila orang tengah bang, gua pulak sedap-sedap buat sepakan basikal kat tengah padang. Tak molek benar gayanya sebab ini tahun gua sudah boleh jadi bapak budak.

Lepas Maghrib, macam biasalah keadaan padang akan jadi gelap. Harapkan terang lampu jalan dengan pam minyak Esso tu je. Yang buatkan gua musykil tu, budak-budak ni boleh bantai lagi main bola dalam gelap-gelap tu. Apa mata diorang ni sekor-sekor macam mata kucing ke? Masing-masing ada night vision?

mizkadiahstory.blogspot.com

Tinggalkan komentar