Orang ramai yang ingin mengemukakan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) masih lagi boleh melakukannya sehingga Ahad ini.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), permohonan rayuan BPN boleh dibuat dengan hadir ke cawangan LHDN. Pemohon juga dikehendaki untuk mengemukakan bersama dokumen-dokumen sokongan.
Selain dari mengunjungi cawangan LHDN berhampiran, permohonan rayuan juga boleh dikemukakan menerusi emel: rayuanbpn@hasil.gov.my
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup.
Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan juga boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000/03-89111100 (Luar Negara). Atau menerusi HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN.













