Sekitar petang tadi, pengguna-pengguna Maybank dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke perkhidmatan perbankan Maybank seperti ATM, MEPS dan penghantaran TAC.
Bagaimanapun, gangguan perkhidmataan berkenaan diumumkan oleh pihak Maybank telah berjaya dipulihkan kira-kira jam 9 malam tadi. Berikut adalah kenyataan rasmi oleh pihak Maybank:
Media statement: Services are back to normal
A Maybank spokesperson explained that the service interruption occurred earlier this afternoon owing to a technical issue which affected MEPS, TAC and some cards related transactions conducted via the Bank’s electronic banking channels.
“As of now, the issue has been resolved and services are back to normal. We apologise for the inconvenience caused and would like to thank our customers for their patience and understanding”.
Pihak Maybank, walau bagaimanapun tidak memperincikan masalah teknikal yang menyebabkan gangguan capaian perkhidmatan perbankan yang dialami oleh pengguna-penggunanya pada petang tadi.
Apa pun, tahniah buat Maybank kerana berjaya menyelesaikan masalah ini. Minggu ini merupakan minggu gaji, jadinya agak celaru juga kehidupan sesetengah pengguna Maybank apabila duit dah ada tapi tak boleh nak bawak keluar pulak sebab sistem bermasalah.
Sumber berita diperoleh dari Twitter Maybank













