Kerusi kayu standard untuk murid-murid di sekolah pada kebiasaannya mempunyai lohong yang luas pada bahagian sandarnya. Ia menyukarkan murid-murid untuk meletakkan beg sekolah masing-masing. Kalau kau gatal nak letak jugak, nescaya beg kau akan terlentang jatuh ke belakang. Jadi, alternatifnya murid-murid pada kebiasaannya akan meletakkan beg pada lantai bersebelahan dengan kerusi tersebut.
![]() |
| Cerita Kosong Ku |
Kerusi ini juga mendatangkan satu masalah besar bagi murid-murid beragama Islam yang risaukan buku Pendidikan Islam milik mereka akan dilangkah oleh murid-murid lain yang lalu lalang di sebelahnya.
Ada sesetengah murid pula, akan menyangkutkannya pada bucu bahagian sandar kerusi tersebut. Risiko beg terkoyak dikemudian hari amat besar jika beban buku-buku yang dibawa murid-murid juga amat besar.
Rekabentuk kerusi kayu sebegini perlu penambahbaikan. Pada pendapat aku la kan. Kenapa, sejak dari zaman aku sekolah dah membawak ke zaman jadi bapak budak, reka bentuk kerusi sekolah tidak ada banyak perubahan. Masih lagi banyak yang menggunakan jenis tak boleh nak sandarkan beg pada tempat duduk.
Mungkin orang yang design bangku ni fikir murid-murid kat Malaysia macam kat US. Jenis simpan beg dan barang-barang dalam locker.















sebab tu dulu aku jarang bawak buku banyak2, sama ada tinggal kat kelas atau rumah. hehehee…
Dulu selalu suka jongkit kerusi ke belakang. Lepas tu kawan agah kan tarik terus nak bagi jatuh.
tu la kan. drpd dlu sampai skang, design kerusi sekolah x berubah langsung.
Mungkin tak ada pihak yang bertanggungjawab mengkaji kerusi murid ni ergonomik atau tidak, dan sesuai atau tidak..lagi satu, budak2 sekarang bawa buku banyak, nak letak kat mana kan..benda ni kena ambil berat oleh pihak kementerian
Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !
nnt ada menteri cakap “kalau tak suka kerusi sekolah ni boleh pindah sekolah lain” atau “kerusi sekolah kita masih kategori bagus kalau nak banding ngan negara India, Indonesia, Filipina, Myanmar, Vietnam dll” #nanges
Kat Msia nie mana ada RND… semua asal boleh jer… dah kena baru nak ambik perhatian… dah mati baru nak ambil tindakan… kena ada mangsa dulu… baru perubahan nak dikaji tapi still belum ambil tindakan… errmmm….
Setuju dgn pendapat ni. Banyak juga antara pereka dinegara kita ni kurang prihatin terhadap praktikal sesuatu benda itu, hanya lebih kepada cantik & tarikan terhadap “design” sahaja. Ini juga berlaku kpd bnyk rekabentuk barang2 lain termasuk bangunan2 juga.. cantik, menarik tetapi sungguh tidak praktikal.
Ada juga yg menggunakan kos yg banyak tetapi kurang berkualiti… mudah2an pereka2 ni sedar ttg keperluan praktikal lebih perlu drp rekacipta yg gempak semata..
macam-macam perangai ^_^ mungkin kena ambil berat juga untuk R & D kerusi itu biar flexible kot
aku rasa zaman dulu pun design kerusi sekolah aku memang macam nie tapi belum pernah terjadi kes kes macam nie kat sekolah ini..mungkin masa berubah dan kanak2 sekarang lebih berani untuk mencuba dan tu yang tersepit kat bangku tu…ehehe
Regards,
-Strider-
betul tu.. lagi senang kalau disediakan loker2 dan seumpamanya bg memudahkan menyimpan buku2 dan beg. tapi takut lain pula jadinya, maklumlah bdk2 skrg ni terlebih kreatif..
Assalam
Rasa , ia adalah julung – julung kalinya terjadi. Belum pernah melihat kejadian sebegini.
Dah lama sangat pakai macam ni. Kena ubah..
perasan juga design kerusi sekolah tak pernah berubah sejak dulu.. sedangkan buku yang dibawa semakin bertambah.. kena buat locker juga macam tu untuk setiap murid..
aku dulu zaman skolah mmg suka sumbat dan tinggal buku dlm meja sekolah… tawakkal je brg2 tu takde sape yg minat nak curik… pastu beg skolah aku galaskan kat tempat sandar kerusi, dan zaman aku skolah rendah mmg seingat aku takde pulak insiden kepala budak sangkut celah kerusi… ohohoo ^^
Haahaha… zaman abak kecik2 dulu..memang giler main disekolah… bukan krusi jer jadi mangsa,sgala brang kami musnahkan..haha…tak lupa jugak kna rotan guru besar sbb nakal..
budak2 semakin aktif dan kreatif 😉
ish2. budak2 ni buat experimen ka apa .. cuba masuk kepala celah kerusi serius lawak… 🙂
dah lama dah kerusi tu macam tu, takde org komplen pun dulu2…..
dah jadi bahan ketawa plak sekarang ni. haiya..
dolu2 kini dan akan dtg pun masih begitu la reka bentuknya kerusi sekolah tu. Mmg perlukan rekabentuk yg lbh mesra pengguna pasni
Dulu masa sekolah bawak buku satu dua buah jer…haha..budak2 sekarang bawak buku dalam beg yang beratnya mengalahkan berat badan sendiri..