Ada kenduri kahwin famili belah bini aku kat Tampines minggu lepas. Sangat memenatkan. Penat sebab terlebih merayap.
Memandu di Singapura umpama mengambil ujian JPJ. Tak boleh terlalu laju dan perlukan cara pemanduan yang berhemah dan jangan sesekali cuba langgar lampu merah atau langgar tiang lampu sebab kamera CCTV berada di mana-mana sahaja. Mewah dengan CCTV gayanya.
Sepanjang berada di Singapura, aku dan famili menginap di chalet di Pasir Ris. Esoknya jalan-jalan pusing Singapura naik MRT. Mula-mula pergi ke Bugis Street, keadaan dan suasananya mengingatkan aku dengan Chow Kit Road.
Kemudian berjalan kaki ke Marina Bay bermula dari City Hall. Jauh jugak menapak melalui laluan bawah tanah kompleks membeli-belah terbesar di Asia ni.
Sangat cantik suasana metropolitan di Singapura dek kerana kehebatan perancangan dan kecanggihan teknologi kejuruteraannya dalam perancangan bandar. Ah, namun begitu hati aku merasa tak sedap akibat seharian tak solat. Aku patut survey peta Singapura terlebih dahulu untuk mencari tempat-tempat yang mempunyai masjid jika ingin kembali menjejakkan kaki ke kota singa ini lagi.













rasanya Bugis Street agak dekat juga dengan Arab Street. kena jalan lintas banyak bangunan jugalah tapi insyaAllah sampai. dekat sana ada masjid 🙂 lain kali sembahyang situ je. dekat dengan kedai yang jual murtabak singapore yang famous. restoran zam zam kot namanya. 🙂
Thanks for the info =)
Hari tu masa pegi tak expect pun nak jejalan. Lagipun masa tu ingatkan kat singapore macam kat malaysia jugak, kot kat shopping complex ada surau. hehe =p