Semenjak kahwin, aku memang selalu berangan nak bawak bini pergi honeymoon kat mana-mana pulau yang best. Berangan je la yang boleh pun sekarang ni. Bajet yang aku ada ni pun banyak nak untuk standby pada banyak perkara-perkara lain.
Bini aku sedang mengandung. Aku masih belum duduk serumah dengan bini sebab pekerjaan aku. Masing-masing sorang kat KL, sorang lagi kat Kluang. Kereta pun belum ada lagi. Apa lagi yang boleh dijangka? Berjimat cermat aje la yang aku mampu. Buat kerja-kerja lain, aku bukan talented sangat.
Duit tu memang ada. Tapi bila tengok harga barang serba-serbi makin mencanak naik. Baik gula, petrol, minyak masak dan aku tak tau apa pulak yang akan naik selepas ini. Pastinya, gaji tak akan naik dalam waktu yang terdekat ini melainkan kenaikan tahunan.
Dalam keadaan ekonomi sebegini, keperluan asas untuk terus kekal hidup adalah priority aku. Keseronokan bercuti adalah optional.













😉 bawa g memana pun tentu bini suka. tak semestinya ke tempat jauh2