Sekitar minggu lepas, Vivo telah menerbitkan beberapa cebisan maklumat sebagai mengacah untuk memperkenalkan sub-jenama dibawahnya, iQoo (sebutan ai-ku). Ia dikatakan sebagai peranti yang memfokuskan pada permainan mudah alih.

Telefon pintar iQoo berkenaan diperkenalkan secara langsung sewaktu acara NBA All-Star Game dilangsungkan menerusi sebuah saluran televisyen di China.

Berdasarkan apa yang dipersembahkan oleh pengacara rancangan berbahasa Cina berkenaan, agak sukar untuk menelah apakah pengkhususan sebenarnya telefon pintar ini. Adakah ianya benar-benar telefon pintar yang mengkhususkan pada permainan mudah alih. Atau, khusus untuk kamera. Juga, boleh jadi ianya adalah peranti-peranti bertaraf mercu.

Cuma apa yang dapat dipastikan adalah telefon pintar ini bukanlah jenis yang boleh dilipat seperti yang ditunjukkan oleh imej pengolokan melalui iklan-iklan acah yang ditunjukkan oleh Vivo sebelum ini.

Untuk spesifikasinya, iQOO dinyatakan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 855 dengan sokongan RAM 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Bersama-sama bateri berkapasiti 4000mAh yang dicaskan menerusi port USB-C. Harga untuk telefon pintar pertama iQoo ini dilaporkan akan dijual pada harga 5,000 Yuan (bersamaan lebih kurang RM3017).

Sumber berita diperoleh dari DroidShout

Tinggalkan komentar