Amalan agama, pada aku, ia adalah hal peribadi. Terutama hal-hal ibadah fardhu ain. Tidak perlu ditayang-tayang kepada umum kerana ia akan mengundang perasaan riak dan ujub dalam jiwa kita. Hari ini, berkat kemajuan teknologi, umat Islam berpeluang berkongsi aktiviti amal ibadat masing-masing di dalam media sosial. Hasilnya, terdapat sesetengah umat Islam yang up status seperti, ”done terawih”, ”done puasa sunat”, ”done bertadarus” dan macam-macam ”done ” lagi.
Aku tak rasa ini adalah method dakwah yang berkesan. Bahkan ia mendatangkan rasa annoying buat rakan-rakan lain. Seolah-olah, kita lah yang paling taat dan paling rajin melakukan amal ibadah hingga ianya perlu dihebahkan kepada umum melalui media sosial.
Sehingga hari ini, aku masih belum lagi berjumpa dengan rakan-rakan Cina dan India yang up status seperti, ”done bakar colok” atau ”done pergi kuil”.
Imej diperoleh dari Facebook Ujang Budak Minang


25 KOMEN

  1. setuju sangat..kalau nak berdakwah pun, try la up status macam “jom gi terawih” atau “selamat berqiamulail” ke..riak ni boleh menghapuskan pahala.sia-sia je nanti, dapat dosa plak.

    done comment

  2. dalam fb aku, ade seorang awek nie berterawikh skali ngan family dalam umah pjn nk amik gambar and upload..persoalanya kalau dia sembamyang, sape pula yg amik gmbar mereka tu…

    Regards,
    -Strider-

  3. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

Tinggalkan komentar