OPPO secara rasminya telah melancarkan Peraduan Fotografi Potret OPPO RENOVATORS pada bulan lalu.
Mengambil semangat “Technology for Mankind, Kindness for the World” dari OPPO, kempen RENOVATOR ini merupakan platform meningkatkan daya keghairahan individu dalam penghasilan kandungan visual penuh ilham.
Penghasil kandungan terbaik di dalam projek RENOVATORS ini bukan sekadar menerima perhatian yang sewajarnya. Malah diberikan peluang untuk menghasilkan secara bersama dengan OPPO.
Antara minggu 1 -3 peraduan ini menyaksikan penglibatan dari pelbagai warga kreatif Malaysia di dalam dua kategori iaitu:
- #MYEmotionInPortrait
- #MerdekaInPortrait
Entri terbaik di dalam kedua-dua kategori ini akan membawa pulang hadiah mingguan berupa OPPO Enco Air baharu. Selain itu, pemenang mingguan juga layak untuk memenangi hadiah utama pertandingan.
Hadiah Utama Peraduan Fotografi Potret OPPO RENOVATORS
- Hadiah pemenang tempat pertama (1 pemenang): OPPO Reno6
- Hadiah pemenang tempat ke-2 (3 pemenang): OPPO Reno6 Z
- Hadiah pemenang tempat ke-3 (5 pemenang): OPPO Enco X
- Hadiah saguhati (5 pemenang): OPPO Band
Bukan itu sahaja, di akhir peraduan ini, tiga pemenang teratas dari Instagram rasmi Oppo dan rakan media lain akan layak ke peringkat Hadiah Ultimate. Hadiah-hadiah ini hadir dalam bentuk tunai dan gelaran OPPO RENOVATOR.
Hadiah Ultimate Peraduan Fotografi Potret OPPO RENOVATORS
- Hadiah tempat pertama: Wang tunai RM4,000 + gelaran OPPO RENOVATOR
- Hadiah tempat ke-2: Wang tunai RM2,000
- Hadiah tempat ke-3: Wang tunai RM1,000

Untuk menyertai:
- Ambil foto potret emosi sebenar anda
- Hantar dan kongsikan potret anda di Instagram anda
- Masukkan tanda pagar (hashtag) berikut:
- #OPPORenovators
- #OPPOReno6Z5G #MYEmotionInPortrait (untuk kategori umum) ATAU #MerdekaInPortrait (untuk kategori Merdeka)
- Ceritakan perihal disebalik emosi anda di dalam potret dan tag @oppomalaysia di dalam kapsyen
- Hantarkan pautan Instagram anda berkenaan bersama-sama maklumat emel dan nombor untuk dihubungi ke laman peraduan #OPPORENOVATORS untuk menerima kod promo RM100
Selepas anda selesai menghantar penyertaan peraduan, kesemua peserta layak untuk menerima kod diskaun pembelian Reno6 Z atau Reno6. Kod diskaun ini boleh digunakan di kedai dalam talian rasmi OPPO dengan pilihan Khidmat Penghantaran OPPO2U.
OPPO turut bekerjasama dengan Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) untuk peraduan ini bagi menggalakkan usaha komuniti fotografi mudah alih tempatan. Sebagai rakan usahasama, KLPF turut mengadakan peraduan di platformnya dengan tawaran hadiahnya sendiri. Ini bermakna, lebih peluang untuk anda memenangi hadiah!.
Jangan lepaskan peluang ini bagi mempersembahkan emosi anda melalui potret yang mantap. Siapa tahu, anda mungkin bakal memenangi telefon baharu, wang tunai, serta peluang untuk menghasilkan kandungan bersama-sama OPPO di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #OPPORenovator, kunjungi https://oppomy.com/renovatorsportraitcontest/
Advertorial dari OPPO Malaysia













