Microsoft baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung masalah pepijat pada Windows 10 yang menghalang aplikasi-aplikasi seperti Office 365, Microsoft Teams, dan Outlook dari bersambungan ke Internet.
Masalah pepijat ini memberikan kesan kepada pengguna yang menggunakan sambungan secara proksi dan VPN. Keadaan ini telah menyukarkan kerana pada ketika ini terdapat jutaan warga kerja di seluruh dunia yang terpaksa bekerja dari rumah atas faktor arahan pihak berkuasa kesihatan. Selain dari masalah kerja, masalah pepijat ini juga turut menjejaskan sambungan ke internet secara keseluruhannya.
Kesemua versi Windows 10 yang telah memasangkan kemaskini kumulatif KB4535996 atau mana-mana tiga kemaskini kumulatif yang hadir selepasnya dilaporkan mengalami masalah berkenaan. Kemaskini KB4535996 hadir pada 27 Februari 2020, dan mana-mana peranti yang telah dikemaskini selepas tarikh berkenaan berkemungkinan berdepan dengan masalah ketersambungan Windows 10 ini.
Microsoft di dalam dokumentasi berkenaan masalah pepijat ini ada menyatakan bahawa:
Devices using a proxy might show limited or no internet connection status
Devices using a manual or auto-configured proxy, especially with a virtual private network (VPN), might show limited or no internet connection status in the Network Connectivity Status Indicator (NCSI) in the notification area. This might happen when connected or disconnected to a VPN or after changing state between the two. Devices with this issue, might also have issues reaching the internet using applications that use WinHTTP or WinInet. Examples of apps that might be affected on devices in this state are as follows but not limited to Microsoft Teams, Microsoft Office, Office365, Outlook, Internet Explorer 11, and some version of Microsoft Edge.
Microsoft turut menambah melakukan restart peranti anda mampu menyelesaikan masalah ini. Selain itu, Microsoft turut menyatakan sedang mengusahakan pembaikan untuk maslaah ini dan bakal dimasukkan ke dalam kemasini yang dijangka bakal diterbitkan sekitar awal April.













