Baru gua perasan yang duit dalam wallet gua cuma tinggal 2 keping not RM5 dan 3 keping RM1. Besok dah nak ambik bas balik KL. Nampak gaya macam tak cukup nak buat duit tambang.

Mujurlah ada tabung syiling yang gua audit petang tadi ada dalam kira-kira RM20, syiling campur-campur dari sebesor-besor 50 sen sampai ke sekecik-kecik 5 sen. Lebih-lebih yang tak sampai seringgit tu gua simpan untuk menaikkan moral gua menabung pada masa depan.

Total duit dalam tangan gua sekarang ni (termasuk syiling) ada dalam RM33.00. Tolak tiket bas ekspress, RM25. Ada baki lagi dalam RM8. Tambang bas Syarikat Pengangkutan Gunung Lambak dari Paloh ke Stesen Bas Kluang pulak ada dalam RM4.10. Baki sekarang ada RM3.90. Tambang LRT kat KL pulak nanti RM1. Jadi, baki duit gua apabila gua sampai di KL nanti adalah RM2.90.

Lepas dah tolak-tolak, ada la lebih-lebih sikit untuk gua beli roti krim dan air sirap bungkus sebagai bekal makan kat dalam bas nanti. Itupun semua sekali dalam RM1.60. Kira habis murah la tu. Bukan ke negara kita ni mempunyai segala-galanya lebih murah dari negara-negara lain, baik dari minyak sampai la ke gula. Kita lah yang paling murah. Apa? Tak percaya kat cakap gua? Ini bukan gua yang cakap, menteri yang cakap. Kalau dah menteri yang cakap, kira betul la tu kan? Yer dak?

Tinggalkan komentar