Bitstrips
Trend yang menjengkelkan di dalam Facebook kini sedang melanda dan ianya dikenali sebagai Bitstrips. Korang mungkin dah perasan tentang komik ini dalam beberapa minggu kebelakangan ini, di mana rakan-rakan Facebook korang boleh create versi animasi mereka untuk dimasukkan ke dalam situasi yang bajet kelakar dan gila-gila.
Komik-komik Bitstrips ini sedang membanjiri rangkaian media sosial. Sehingga kini, ia telah dimuatturun oleh 11 juta pengguna dan templat-templat watak kartun terkini sedang giat diperkemaskini dari hari ke hari demi memenuhi tuntutan para pengguna semasa. Ia juga, pada masa ini, telah menjadi aplikasi yang paling popular di App Store dan Play Store Google.
Permintaan untuk aplikasi sebegini mendatangkan teka-teki. Secara ringkasnya, ia adalah sebuah aplikasi yang membenarkan korang membubuh buih kata dan ayat-ayat kelakar ke dalam komik avatar korang. Kejayaan aplikasi ini juga sukar difahami. Ia bukannya game, takda function berguna pulak tu dan ia seolah-olah membuat karakter konsol Nintendo Wii dengan menggunakan Facebook.
Kelihatannya, Facebook dan kehidupan seharian kita kini benar-benar sudah hampir sebati. Kita sudah mula terbiasa berkongsi dengan apa sahaja yang kita rasa dan apa yang kita lihat di dalam kehidupan seharian, perlu dipersembahkan segalanya. Tak cukup dengan up status secara bertulis, sekarang kita gunakan komik pula. Mungkin, takat upload imej dan video je, masih belum cukup untuk memberitahu ke seluruh alam tentang aktiviti seharian kita.
Apa sahaja sebab viral kepopularan Bitstrips ini, ia kini sudah menjadi News Feed yang menjengkelkan kat Facebook aku. Jika korang dah menyampah sangat dengan menatang ni, sama seperti aku, langkah mudah seperti block masih boleh dilakukan. 
Bagaimana untuk block Bitstrips ini? 
Gampang aja. Pergi pada pull-down menu sebelah kanan tu dan pilih ‘Hide All from Bitstrips’.
Block Facebook Bitstrips
Sumber imej diperoleh dari Bitter Wallet

26 KOMEN

  1. Tak layan sangat dengan FB ni, takut terleka dan membuang masa. Tk atas tips ni bro. Satu lagi masalah yang sering dihadapi dengan FB adalah ramai sangat yang masukkan kita sertai kumpulan entah apa-apa…tak tahu macam mana nak block aktiviti macam ni…ada idea?

  2. walaupun kadangkala annoying tapi kadangkala ada gak yang kelakar..so far wall FB aku masih belum dibanjiri dengan imej bitstrip ini..sebenarnya aku pun tak tahu apa bit strips nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    • Terpaksa tukaq pasai Nuffnang punya iklan tak mai keluaq dari semalam. Aku ingatkan aku punya template ada problem, rupanya Nuffnang punya Skyscraper Ads Unit ada masalah. Tak pasai template lama aku dah ilang.

Tinggalkan komentar