Shopee telah mengumumkan bermula 9 Mei ini, peniaga di dalam platformnya akan dikenakan caj bagi pesanan yang tidak berjaya oleh rakan logistiknya untuk Forward Shipping Fee (FSF) dan Return Shipping Fee (RSF). Caj ini turut meliputi pemulangan semula atau bayaran balik bagi pesanan yang rosak, bermasalah, tidak lengkap, salah atau barangan tiruan.
Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian di mana peniaga tidak akan dikenakan caj bayaran pemulangan. Misalnya jika kesilapan tersebut bukan atas kesilapan penjual seperti pembeli tidak menerima barangan dari kurier, berubah fikiran, atau barangan yang diterima rosak akibat kesilapan kurier.
FSF merupakan kadar bayaran yang dikenakan oleh rakan logistik untuk menghantar ke alamat yang ditujukan dan pada kebiasaannya ia ditanggung oleh pengguna. Bagi RSF pula, ia adalah caj penghantara semula barangan kepada penjual dan pada ketika ini ia ditanggung oleh Shopee.
Peniaga akan menanggung kedua-dua bayaran tersebut bermula 8 Mei 2022 jika didapati berlaku kesilapan di pihak peniaga. Namun, peniaga boleh menuntut semula bayaran terbabit jika dapat mengemukakan bukti bahawa kesilapan yang berlaku bukan berpunca dari peniaga.













