Bermula 26 September 2022, kesemua pengaktifan Maybank Secure2u baharu hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi MAE dan tidak lagi menggunakan aplikasi M2U MY. Ini merupakan sebahagian dari langkah keselamatan yang sedang dilaksanakan oleh pihak Maybank.
Bagi memperkasakan ciri keselamatan perbankan dalam talian, bermula 8 Oktober 2022 ini, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila pengguna menghidupkan Secure2u pada peranti yang berlainan. Ia bertujuan bagi mencegah penyalahgunaan pengesahan transaksi Secure2u.
Apa itu Secure2u Maybank?
Secure2u merupakan kaedah yang mudah dan selamat untuk membuat perakuan transaksi Maybank2u dan MAE menggunakan Secure Verification (pengesahan satu ketikan) dan Secure TAC (nombor TAC 6-digit yang dijana pada aplikasi mudah alih). Ciri ini merupakan alternatif kepada SMS TAC dan boleh didapati menerusi aplikasi Maybank2u MY dan aplikasi MAE.
Maklumat lanjut layari https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2022/september/secure2u-decomm.page













