Utama Teknologi Keselamatan Pemimpin Kanan Hamas berkemungkinan terselamat dari serangan udara di Doha, Qatar menurut...

Pemimpin Kanan Hamas berkemungkinan terselamat dari serangan udara di Doha, Qatar menurut sumber Israel

60
0
Foto serangan Israel di Doha, Qatar - Arab Center DC

Israel telah memaklumkan kepada Amerika Syarikat (AS) peluang “kejayaan” serangan udara petang Selasa lalu terhadap kediaman pemimpin Hamas di Doha, Qatar telah menjadi amat tipis. Dua sumber rapat dengan perkara tersebut dari Israel memberitahu media Australia ABC News.

Lima anggota Hamas dan seorang pegawai Qatar terbunuh di dalam serangan pada petang tersebut. Namun pegawai kanan Hamas Dr. Khalil al-Hayya terselamat menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas pada Selasa lalu.

Kehadiran pemimpin kanan Hamas ke Doha bagi mengadakan rundingan perdamaian antara Palestin dengan Israel atas jemputan Amerika Syarikat melalui surat yang dihantar oleh Presiden Trump.

Menurut laporan dari Al Jazeera, serangan tersebut telah membunuh anak lelaki Dr. Khalil al-Hayya, seorang pemimpin pergerakan Hamas di Gaza, Palestin dan pemimpin pasukan perundingan perdamaian dan seorang pegawai pembantu. Dr. Khalil al-Hayya yang menjadi sasaran utama bagaimanapun terselamat kerana tidak membawa telefonnya ketika menunaikan solat.

Kerajaan Qatar menyatakan hasrat mewujudkan tindakan balas bersama terhadap serangan udara Israel di Doha, Qatar. Perkara tersebut dinyatakan oleh Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani kepada pemberita CNN semalam.

Tinggalkan komentar