TM baru-baru ini telah mengumumkan pelan Unifi Mobile tanpa had ditawarkan pada harga RM 59 sebulan. Penawaran baharu ini adalah lebih rendah dari harga langganan sebelum ini yang ditawarkan pada harga RM 99 sebulan.
Penggunaan internet tanpa had berharga mampu milik pada masa kini merupakan satu keperluan lagi dan bukannya kehendak mewah seperti 15-20 tahun yang lepas.
Pada harga RM 59 sebulan, pelan internet tanpa had Unifi Mobile ini masih lagi mengekalkan penawaran sedia adanya. Antara yang ditawarkan melalui pakej ini adalah data hotspot LTE sebanyak 10GB sebulan serta telefon dan SMS tanpa had.
Bagaimanapun, pengguna yang melanggan pelan ini dikehendaki mengikat kontrak dengan TM untuk tempoh selama 12 bulan. Kunjungi laman rasmi Unifi Mobile untuk maklumat lanjut.













