Nex.Life, jenama baru penyedia rangkaian telekomunikasi baru di bawah TM menawarkan pakej jalur lebar tanpa had untuk Kediaman dan Mudah Alih yang dikenali sebagai Nex.Life Connect.

Terbaru, berdasarkan perkongsian terbaru yang diposkan melalui Facebook rasminya, pihak Nex.Life memaklumkan bahawa pakej terbarunya ini hanya terhad di Kelantan dan Terengganu sahaja pada masa ini.

Ini selaras dengan senarai nombor pengedar yang boleh dihubungi untuk mendapatkan router perkhidmatan tersebut yang kesemuanya beralamatkan di Kelantan dan Terengganu.

Pihak Nex.Life turut menyatakan pihaknya akan sentiasa mengemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja pelan Nex.Life Connect berkembang ke kawasan-kawasan baru melalui laman web rasminya dan juga Facebook rasmi.

Sumber berita diperoleh dari Nex.Life – 1, 2

Tinggalkan komentar