Paypal akan menutup pusat operasinya di Malaysia secara berperingkat bermula dari April 2019 sehingga Ogos 2019. Keputusan penutupan ini dibuat berdasarkan alasan pertukaran bisnes model untuk menjadikan perniagaan mereka lebih efisyen oleh ibu pejabatnya di Amerika Syarikat.

Seluruh warga kerja Paypal terlibat diberhentikan dan ditawarkan VSS (Voluntary Separation Scheme) secara berperingkat. Bantuan dan latihan turut diberikan kepada warga kerja yang terlibat agar dapat memudahkan urusan mencari pekerjaan baru kelak.

Pusat operasi Paypal di Malaysia menempatkan bahagian khidmat pelanggan, bahagian pengurusan dan juga bahagian teknikal. Untuk bahagian khidmat pelanggan bagi rantau Asia Pasifik, fungsi berkenaan akan dipindahkan ke pusat operasi Paypal yang terletak di Bengaluru, India dan di Shanghai, China.

Bagaimanapun, pengguna-pengguna Paypal di Malaysia masih lagi boleh menggunakan fungsi-fungsi perkhidmatan Paypal seperti biasa.

Sumber berita diperoleh dari Amanz, Imej dari HardwareZone

Tinggalkan komentar