Parallel Desktop 11 untuk Mac diterbitkan pada Ogos lalu membolehkan integrasi Windows 10 dan Cortana ke sistem operasi Mac. Kini dengan kemaskini terbaru 11.0.2, Parallel Desktop 11 membawakan sokongan penuh untuk digunakan pada OS X El Capitan.
Melalui aplikasi ini, para pengguna boleh menjalankan sistem operasi Windows secara langsung melalui desktop Mac tanpa perlu melakukan dual-booting. Parallel Desktop 11 juga membolehkan anda melakukan salin dan tampal fail-fail di antara aplikasi-aplikasi Mac dan aplikasi-aplikasi Windows. Oleh itu, pengguna OS X El Capitan dapat melakukan kerja dengan lebih pantas tanpa perlu boot semula.
Perisian pembantu maya dari Microsoft, Cortana turut disertakan bersama apabila pengguna menggunakan sistem operasi Windows 10 melalui Parallel Desktop 11. Cuma, pengguna perlu mengubah tetapan rantau pada Windows untuk membolehkan ianya berfungsi.
Ia bukan sekadar membawakan kefungsian Windows kepada Mac OS X El Capitan, ia turut dilengkapi dengan beberapa peningkatan prestasi fungsi-fungsi penting lain seperti;
- Windows dihidupkan dan dimatikan 50 peratus lebih pantas
- Operasi fail pada Windows dipertingkatkan sehingga 20 peratus
- Penggantungan virtual machine dipercepatkan sehingga 20 peratus
- Travel Mode boleh meningkatkan hayat penggunaan bateri sehingga 25 peratus
- Peningkatan prestasi pada rangkaian
Parallel Desktop 11 merupakan perisian yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada pengguna yang melakukan kerja secara rentas platform. Kedua-dua platform, Windows dan Mac OS memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh itu, penggunaan perisian sebegini dapat memastikan para pengguna dapat menambah kelancaran aliran kerja pengguna.
Sumber berita diperoleh dari Tech Frag













