Samsung Galaxy S21 5G pertama kali telah diperkenalkan oleh Samsung melalui acara Unpacked yang berlangsung pada Januari baru-baru ini. Model ini dilancarkan bersama-sama siri Galaxy S21 yang lain iaitu S21+ 5G dan S21 Ultra 5G.

Untuk ulasan pandang pertama kali ini, saya telah menerima sebuah unit Samsung Galaxy S21 5G. Ianya merupakan model standard antara ketiga-tiga model di dalam siri telefon pintar ini.

Rekaan dengan warna Phantom Violet seperti yang diterima untuk ulasan ini kelihatan anggun pada pandangan saya. Berbeza dengan S20 sebelum ini, Galaxy S21 5G standard kali ini hanya menawarkan paparan rata dengan resolusi 1080p sahaja.Samsung Galaxy S21 Hands-on

Untuk tetapan kamera utama pada bahagian belakangnya, telefon pintar mercu dari Samsung ini menyediakan tiga buah kamera. Saya akan memperincikannya dengan lebih lanjut melalui ulasan yang akan datang.

Spesifikasi ringkas Samsung Galaxy S21 5G

Secara ringkasnya, spesifikasi Samsung Galaxy S21 5G adalah seperti berikut:

  • Kerangka: 151.7×71.2×7.9mm, 169g; Kaca sebelah hadapan (Gorilla Glass Victus), belakang plastik, kerangka aluminum
  • Paparan: 6.20″ Dnamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1300 nits (puncak), resolution 1080x2400px, nisbah aspek 20:9, 421ppi
  • Cipset: Exynos 2100 (5 nm): Octa-core CPU (1×2.9 GHz Cortex-X1 & 3×2.80 GHz Cortex-A78 & 4×2.2 GHz Cortex-A55), Mali-G78 MP14 GPU.
  • Storan dan Memori: UFS 3.1 128GB RAM 8GB
  • OS/Perisian: Android 11, One UI 3.1.
  • Kamera belakang: Lebar (utama): 12 MP, f/1.8, 26mm, 1/1.76″, 1.8µm, Dual Pixel PDAF, OIS; Sudut ultra-lebar: 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚, 1/2.55″ 1.4µm, Super Steady video; Telefoto: 64 MP, f/2.0, 29mm, 1/1.72″, 0.8µm, PDAF, OIS, zum optikal 1.1x, zum hibrid 3x.
  • Kamera hadapan: 10 MP, f/2.2, 26mm, 1/3.24″, 1.22µm, Dwi piksel PDAF.
  • Rakaman video: Kamera belakang: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@30/60/240fps, 720p@960fps, HDR10+, rakaman bunyi stereo, gyro-EIS; Kamera hadapan: 4K@30/60fps, 1080p@30fps.
  • Bateri: 4000mAh; Pengecasan pantas 25W, USB Power Delivery 3.0, pengecasan pantas nirwayar Qi/PMA 15W, pengecasan nirwayar berbalik 4.5W.
  • Lain-lain: Pembaca cap jari (bawah paparan, ultrasonik); NFC; Samsung DeX, Samsung Wireless DeX (desktop experience support), Samsung Pay (Visa, MasterCard), ANT+, Bixby.

Nyahkotak Samsung Galaxy S21 5G

Kotak pembungkusan Galaxy siri S versi terkini ini telah pun diberi nafas baharu dengan kotak yang lebih kompak. Tiada kepala cas disediakan di dalam kotaknya, mengikuti jejak langkah Apple dalam meningkatkan kelestarian alam sekitar.Samsung Galaxy S21 5G Unboxing

Pengguna hanya disediakan kabel pengecas USB-C ke USB-C, pin, dan manual selain dari set telefon berkenaan. Hal ini mungkin perlu diambil perhatian bagi pengguna yang berhasrat membelinya jika tidak mempunyai set kepala pengecas USB-C sedia ada.

Telefon pintar ini juga tidak menyediakan bicu audio 3.5mm dan pengguna mempunyai set putik telinga atau fon kepala jenis nirwayar jika ingin mendengar audio tanpa pembesar suara.

Tinggalkan komentar