Lagu Kembara nyanyian kumpulan Kembara berkumandang dari corong speaker radio internet. Mendung pagi ini membuat aku menyangkakan jam pukul 9 pagi ini masih lagi Subuh. Pada hanset, tertera 8 missed call dari bini aku. Sama ada radio ini dipasang terlalu kuat atau telinga aku sudah dipekakkan oleh syaitan supaya aku tidak bangun untuk solat Subuh.
Aku meneguk air suam dari botol air mineral. Minum air suam pagi-pagi ni elok untuk awet muda. Dah tua nanti tak payah nak susah-susah suntik botox atau susuk.
Seperti kebiasaan, pagi-pagi mesti kena sarapan. Tak makan pagi boleh buatkan perut masuk angin. Laptop di’turn off’kan lalu aku capai seluar jeans yang disangkut pada bucu katil dan memakainya. Pakai la, takkan nak sangkut kat bahu. Huduh bebenor keluar rumah dengan rupa itu. Tidak lupa juga, baju untuk dipakai. Lain halnya jika badan aku sasa dan tough, mahu saja aku keluar rumah tanpa berbaju.
Menggunakan motorsikal EX5 aku yang juga motorsikal kegemaran rakyat 1Malaysia, aku terus ke Restoran Sulaiman untuk pekena teh tarik dan roti canai garing. Dalam perjalanan menuju ke Restoran Sulaiman baru aku teringat yang aku ni belum mandi pagi lagi. Ah, apa ada hal. Keluar sarapan je pun. Bukannya nak keluar pergi mengorat.
![]() |
| redcheekinda.wordpress.com |















salam maal hijrah, semoga impian anda tercapai yaa, hehe, nak menang RM50? ayuhh, join kontest bersama azza (:
http://zaza96.blogspot.com/2010/12/review-paling-kreatif-azzafirza-rm50.html
busuk perangai…tp ape hal..bukan org tahu..
@Kazaztan Team
hehe.. apa ada hal. tak mandi pun hensem jugak per.
salam maal hijrah!!
heheee
@mie
salam maal hijrah too =)