Oppo dan Vivo memperkenalkan fungsi Dual Wi-fi hari ini untuk telefon pintar mercu keluaran jenama masing-masing. Fungsi ini membolehkan telefon pintar berkenaan bersambungan dengan dua rangkaian Wi-fi berbeza secara serentak.

Akaun rasmi ColorOS di platform media sosial berbahasa Cina telah menerbitkan sebuah video berdurasi 40 saat yang memaparkan Oppo Reno 10x Zoom menyambung ke dua rangkaian iaitu rangkaian 2.4GHz dan rangkaian 5GHz. Hasil penyambungan pada kedua-dua rangkaian berkenaan oleh telefon pintar berkenaan menunjukkan peningkatan kelajuan muat turun sebanyak 322%. Manakala kelajuan memuat halaman pula meningkat sebanyak 44.5% berbanding penyambungan biasa.

Pada masa yang sama, Vivo turut menguji fungsi berkenaan melalui telefon pintar iQOO yang menunjukkan perubahan ketara dalam capaian ke internet. Melalui fungsi ini, telefon pintar yang menggunakannya mampu memuat turun aplikasi dengan lebih pantas serta merendahkan latency ketika di dalam permainan.

https://youtu.be/lAUCpuwXZTw

Sumber berita diperoleh dari Sparrownews

Tinggalkan komentar