Oppo baru-baru ini secara rasmi telah mengumumkan siri terbarunya Reno di Malaysia. Walau bagaimanapun, pelancaran ini hanya memfokuskan Oppo Reno edisi standard sahaja. Manakala Reno edisi 10x Zoom hanya akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 27 Mei ini.

Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 710, Reno menawarkan paparan Full HD + AMOLED 6.4-inci tanpa sebarang takuk pada paparanya. Ini dimungkinkan oleh kamera selfie pop-naik berbentuk sirip yang menempatkan kamera berpenderia 16MP dan f/2.0 5-elemen.

Di belakangnya, Reno dilengkapkan dengan sistem dwi-kamera yang turut menyertakan penderia 48MP Sony IMX586 yang digandingkan dengan lensa f/1.7 6-elemen, bersama-sama kamera 5MP f/2.4. Telefon ini juga memiliki bateri berkapasiti 3765mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Hadir dengan standard RAM 6GB dan storan 256GB, Oppo Reno akan ditawarkan pada harga RM 1,999 bermula dari 28 Mei dan seterusnya. Pra tempahan dibuka bermula hari ini melalui laman web OPPO Malaysia, Kedai Konsep Oppo dan juga wakil jualan yang sah di seluruh Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh membuat pra tempahan melalui kedai rasmi Oppo di Lazada dan Shopee. Sarung bateri pintar akan diberikan bagi setiap pra-pesanan bersama jaminan perlindungan skrin serta jaminan tambahan 1 tahun.

Tinggalkan komentar