Samsung dan Huawei kedua-duanya galak menunjukkan telefon pintar boleh-lipat keluaran masing-masing di Mobile World Congress (MWC 2019) yang berlangsung baru-baru ini. Oleh yang demikian, Oppo dilihat tidak mahu ketinggalan dengan turut memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat keluarannya.

Timbalan Presiden Oppo, Brian Shen baru-baru ini telah mengacah imej prototaip model telefon pintar keluaran Oppo melalui akaun Weibo miliknya.

Dari segi rekaan luarannya, ianya kelihatan mirip dengan Huawei Mate X. Prototaip berkenaan juga menunjukkan ianya mempunyai satu ‘bar’ menegak yang menempatkan kamera, butang-butang dan port. Bagaimanapun, tiada sebarang spesifikasi diumumkan berkaitan telefon pintar tersebut.

Bagaimanapun, berdasarkan komen oleh Brian Shen di dalam Weibo, penghasilan model telefon pintar ini untuk dipasarkan kelak bergantung dengan sejauh mana tahap penerimaan oleh pengguna-pengguna Weibo melalui jumlah perkongsiannya di dalam media sosial berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Engadget dan Weibo Brian Shen

Tinggalkan komentar