OPPO Malaysia telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada MASKAB (Majlis Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia).
Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan RM1 bagi setiap unit OPPO A5 yang berjaya dijual dan disampaikan hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Putrajaya.
“Kami amat berbesar hati dengan hasil kerjasama di antara MASKAB yang berjaya dicapai hasil dari sokongan mantap dari pelanggan-pelanggan kami,” menurut Monica Qin, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia.
Tambah beliau lagi “Kami berharap sumbangan ini akan memberikan sokongan bermakna buat MASKAB dan sebagai simbol penghargaan terhadap kesungguhan wira-wira bomba dan penyelamat Malaysia.”
Penyampaian sumbangan yang diadakan di dalam Majlis Kolaborasi Strategik MASKAB | OPPO pagi tadi mengeratkan hubungan di antara pasukan bomba dan penyelamat, wakil-wakil MASKAB, rakan-rakan media, ahli komuniti OPPO Ofans dan kakitangan OPPO Malaysia.
Para hadirin menikmati jamuan sambil bertukar-tukar pandangan yang selari dengan semangat perpaduan bulan kemerdekaan.
Kalendar OPPO 2026: Penghargaan visual buat pasukan bomba dan penyelamat
Memeriahkan lagi sambutan Merdeka, OPPO turut mengumumkan pelancaran Kalendar Malaysia Edisi Terhad OPPO 2026. Ia menampilkan foto-foto hebat pasukan bomba Malaysia yang ditangkap menggunakan siri Reno 14. Kalendar ini boleh didapati secara eksklusif menerusi My OPPO App bermula pada September ini dan ahli-ahli OPPO boleh menebuskannya menggunakan poin keahlian.
Kempen Semangat Kebangsaan Bersama OPPO
OPPO Malaysia turut menaikkan semangat patriotik bulan kemerdekaan ini dengan kempen Semangat Kebangsaan Bersama OPPO bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September 2025. Sarat dengan ganjaran dan tawaran perayaan eksklusif, promosi ini menawarkan rebat berjumlah RM6.8 juta di seluruh negara.
Nikmati segera tawaran ini dengan mengunjungi OPPO Brand Stores dan wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara.













