Acara OPPO INNO DAY 2021 kian hampir dan pelbagai produk berteknologi akan dipersembahkan menerusi acara tersebut. Terdahulu, terdapat ura-ura yang mengatakan telefon pintar boleh lipat pertama keluaran OPPO akan diperkenalkan menerusi acara tersebut.

Bagaimanapun, apa yang dapat dipastikan buat masa ini adalah kehadiran peranti dengan kamera yang boleh tarik (retractable) menerusi iklan acah yang diterbitkan pada hari ini.

OPPO telah berkongsikan video pendek iklan acah yang menunjukkan sensor kamera menaik keluar dari modul kameranya. Ia diikuti dengan peranti berkenaan terkena percikan air dan juga dijatuhkan ke atas lantai bagi menunjukkan ketahanannya dengan air serta lasak apabila terjatuh. Tidak diketahui spesifikasi sebenar kamera pada peranti terbabit, namun pastinya ia merupakan sesuatu yang amat menarik untuk diperhatikan.

https://www.youtube.com/watch?v=ezDl_YpHFws

Acara OPPO INNO DAY 2021 bakal berlangsung bermula dari 14 Disember sehingga 15 Disember ini. Jika desas-desus mengenai telefon boleh lipat pertama keluaran OPPO akan diperkenalkan menerusi acara tersebut, perkembangan dijangka akan menjadi lebih rancak.

Tinggalkan komentar