OPPO Malaysia telah mula mengacah kehadiran OPPO A95 di pasaran tempatan menerusi saluran media sosialnya. Menjelang pelancarannya, OPPO turut membuka pendaftaran minat untuk OPPO A95 selain berkongsikan maklumat beberapa ciri pentingnya.

Dari segi rekaan, ia kelihatan seperti telefon pintar peringkat menengah yang biasa kita dapati di pasaran pada hari ini. Namun, OPPO menjelaskan telefon baharu ini akan menampilkan OPPO Glow yang ‘pertama di dalam industri’. Ia dikatakan menawarkan permukaan luaran ‘selicin sutera’, tetapi dalam pada masa yang sama kalis cap jari dan calar.

Untuk spesifikasinya, OPPO mengesahkan telefon ini akan hadir dengan RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Jika anda inginkan lebih RAM, OPPO A95 turut menyokong fungsi RAM Expansion yang membenarkan anda menambah RAM maya sebanyak 5GB.OPPO-A95---RAM-Expansion

Telefon baharu OPPO ini dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Menurut OPPO, untuk tempoh mengecas melalui kabel selama 30 minit mampu mengecaskan bateri ini sehingga 54 peratus.OPPO-A95--Fast-Charging

Buat masa ini OPPO tidak mendedahkan harga dan juga tarikh pelancaran OPPO A95 dan tidak dipastikan juga sama ada model ini jenis 4G sahaja atau turut menyokong 5G.

Jika di China, terdapat OPPO A95 versi 5G yang menggunakan cipset MediaTek Dimensity 800U dengan bateri berkapasiti 4,310mAh. Selain versi 5G tersebut, turut terdapat versi 4G yang menurut 91Mobiles mungkin menggunakan Snapdragon.

Maklumat lanjut, layari saluran rasmi OPPO Malaysia menerusi:

Tinggalkan komentar