Utama Teknologi Kecerdasan Buatan OpenAI dilapor akan perkenalkan Pelan ‘ChatGPT Go’ yang lebih murah

OpenAI dilapor akan perkenalkan Pelan ‘ChatGPT Go’ yang lebih murah

78
0

OpenAI dilaporkan akan membangunkan pelan langganan yang lebih mampu milik untuk perkhidmatan ChatGPT yang mungkin akan dikenali sebagai ChatGPT Go. Pelan ini dijangka mampu menarik minat pengguna yang berkeperluan rendah dengan menyediakan ciri-ciri utama chatbot berkenaan.

Buat masa ini ChatGPT boleh didapati melalui pelan percuma dan dua pilihan berbayar iaitu Plus pada US$20 (~RM85) sebulan dan Pro pada US$200 (~RM855). Pelan Plus memberikan akses ke model lebih baharu bersama-sama ciri-ciri asas. Manakala pelan Pro pula memenuhi selera pengguna berkeperluan tinggi dengan penggunaan hampir tanpa had dan akses ke ciri yang lebih maju seperti Agents.

ChatGPT Go mungkin ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada pelan Plus, sekitar US$10 (~RM42) hingga US$15 (~RM64). Pelan ini dilihat dikhaskan untuk pengguna kasual yang inginkan akses model OpenAI lebih luas seperti model o3.

Terdapat ura-ura yang mendakwa pengenalan ChatGPT Go ini merupakan sebahagian daripada perancangan untuk memperkenalkan GPT-5 tidak lama lagi. Bagaimanapun, pelan ChatGPT Go mungkin mempunyai sekatan apabila mengakses ke ciri-ciri lebih maju dan had penggunaan, sesuai dengan harga yang ditawarkannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.