Telefon pintar OnePlus 3T dijangka bakal hadir ke pasaran Malaysia bermula 22 Mac ini. Peranti flagship terkini dari OnePlus ini telah dibuka untuk pra-tempahan seawal minggu ini dan dijangkakan harganya tidak berbeza sewaktu tarikh pelancarannya ke Malaysia nanti iaitu pada RM2,229.
OnePlus 3T untuk pasaran Malaysia akan menggunakan ROM global dan ia akan mendapat jaminan selama satu tahun dari Brightstar yang juga bertanggungjawab menjadi pengedar model peranti ini di Malaysia.
Model telefon pintar ini ditawarkan dalam dua pilihan warna – Gun Metal dan Soft Gold. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 821, paparan 5.5-inci 1080p AMOLED optik, memori 6GB LPDDR4, kamera belakang 16MP dengan penstabil imej, kamera hadapan (swafoto) 16MP dan bateri 3,400mAh.
Bagaimanapun, OnePlus 3T yang berkapasiti storan 64GB tidak dilengkapi dengan slot pengembangan kad mikro SD.
Spesifikasi OnePlus 3T
- Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 821
- Grafik: Adreno 530
- Paparan: 5.5-inci 1080p AMOLED optik
- Memori: 6GB LPDDR4
- SIM: Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
- OS: Android OS v6.0.1 (Marshmallow), boleh dinaiktaraf ke v7.1.1 (Nougat)
- Kamera belakang: 16 MP, f/2.0, autofokus pengesan fasa, OIS, LED flash
- Kamera hadapan: 16 MP, f/2.0, saiz piksel 1.0 µm, 1080p
- Labuhan: USB 2.0, USB Type-C 1.0 (boleh diterbalikkan)
- Bateri: Li-Ion 3400 mAh, tidak boleh ditanggalkan
Sumber berita diperoleh dari Facebook DirectD














Menarik juga spec dia ni! tapi baru beli phone tahun lepas hahaha. mampu menjamu mata sahaja lah.
Cantik hp ni… menarik functionya…
dulu masa rasa nk tukar fon, baru la start study spect2 fon terkini.. skrg fon okay lagi, so keluar la model2 baru sekalipu, pandang sebelah mata je.. tunggu la fon ni buat problem.. hehehehe
bateri yang tidak dapat ditanggalkan ..ini agak advance dan ada kelemahan juga tu
sekarang harga smartphone rm2k ke atas.