Direka sebagai pendamping AI sejati, One UI 7 beta telah menerima ulasan cemerlang daripada wartawan teknologi terkemuka dan pempengaruh untuk reka bentuk semula antara mukanya.
Bulan lalu, Samsung melancarkan program beta One UI 7, menetapkan standard baharu untuk AI mudah alih. Sambutan terhadap program ini sangat luar biasa, dengan jumlah pengguna beta pusingan pertama mendaftar dua kali ganda berbanding beta One UI 6.
One UI 7 mengintegrasikan agen AI dan keupayaan multimodal ke dalam setiap aspek interaksi, menyederhanakan tugas kompleks untuk menjadikan pengalaman pengguna lebih semula jadi, intuitif, dan diperibadikan.
One UI 7 akan dilancarkan secara rasmi bersama peranti Galaxy S series yang akan datang. Lihat komen dari para pengulas mengenai One UI 7 beta di bawah:
Apa Kata Pengulas?
“Samsung benar-benar berjaya kali ini.”
“Peranti Galaxy akan berubah selama-lamanya dengan One UI 7, dan saya rasa ramai yang akan teruja dengan apa yang mereka lihat.”
“Nampaknya One UI 7 bakal menjadi kejayaan besar.”
“One UI 7 akan menjadikan telefon anda sebuah kuasa AI yang hebat. Pergi lihat, ia sangat hebat.”
“Samsung memulakan kegilaan AI pada telefon pintar pada tahun 2024 dengan suite fitur Galaxy AI pada bulan Januari, dan syarikat ini terus meningkatkan fitur AI dengan setiap kemas kini baharu pada One UI.”
“Saya harus katakan Samsung bermula dengan sangat baik. Saya tahu akan ada lebih banyak fitur berkaitan AI yang akan datang. Ini baru permulaan.”
Saksikan Galaxy Unpacked Seterusnya dan Menangi Hadiah!
Bersama kami untuk membuka lembaran baharu dalam dunia AI mudah alih – inovasi premium Galaxy yang membawa kemudahan tanpa batas ke dalam setiap detik hidup anda. Acara ini akan disiarkan secara langsung di laman web rasmi Samsung Malaysia, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook, dan LinkedIn pada 23 Januari 2025, jam 2 pagi Waktu Malaysia.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Ikuti media sosial Samsung dan kunjungi https://news.samsung.com/my/ untuk semua teaser, trailer, dan kemas kini menjelang Unpacked 2025.
Daftar minat anda untuk Peranti Galaxy Seterusnya dan jawab empat soalan tinjauan sebelum 22 Januari 2025 untuk menerima e-baucar RM200 untuk Peranti Galaxy Seterusnya! Peserta yang layak juga berpeluang memenangi hadiah menarik!
Daftar sekarang di Samsung Malaysia dan nantikan pengalaman Unpacked yang seterusnya!