Samsung secara rasminya telah melancarkan beta terbuka One UI 5 untuk pengguna siri Galaxy S22 Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Selatan. Kemaskini ini hadir beberapa minggu lebih awal dari tarikh jangkaan Android 13 dilancarkan.

Sebagaimana sistem operasi yang menjadi asas kepadanya, One UI 5 beta dilihat menawarkan sedikit kemaskini yang menyediakan beberapa pilihan pengubahsuaian, perubahan pada notifikasi, aksesibliti dan tetapan keselamatan baharu.

One UI 5 dibina berasaskan pilihan pentemaan Android 13 yang menawarkan sehingga 16 warna praset berasaskan tema pada hiasan latar peranti pengguna. Turut disediakan 12 pilihan waena tambahan untuk skrin utama, ikon dan panel pantas. Ia juga memperkenalkan kaedah menindan wijet yang sama saiz di atas satu sama lain bagi mewujudkan persekitaran yang kurang serabut.One_UI_5_Beta_Widget Stacking

Ciri aksesibiliti baharu juga diperkenalkan melalui alatan Magnifier yang menggunakan kamera telefon untuk melakukan zum pada objek nyata dan teks. Ia juga menyediakan pilihan untuk membolehkan telefon anda membacakan input papan kekunci anda dengan lantang.

Keselamatan yang dipertingkatkan

Samsung memperincikan beberapa ciri yang One UI 5 manfaatkan dari Android 13 seperti tetapan notifikasi baharu yang memerlukan pembangun aplikasi meminta kebenaran pengguna sebelum menghantar notifikasi. One UI 5 beta juga membenarkan anda menetapkan bahasa pilihan anda mengikut aplikasi-aplikasi yang berasingan. Ia juga memberikan anda akses untuk membuat rekaan semula papan pemuka keselamatan yang mengimbas telefon anda dari sebarang bentuk ancaman.One_UI_5_Beta_Security

Ketika Samsung melancarkan One UI 4 beta pada tahun lalu, ia hadir lebih awal berbanding tahun sebelumnya dan kini, pada tahun ini One UI 5 beta juga hadir lebih awal lagi dari tahun lepas.

Buat masa ini One UI 5 beta hanya boleh didapati pada siri Galaxy S22 di Amerika Syarikat, Jerman, dan Korea Selatan sahaja dan Samsung merancang untuk memperluaskannya ke rantau lain dalam masa yang terdekat ini.

Dijangkakan lebih banyak maklumat mengenai One UI 5 akan dijelaskan menerusi acara Samsung Galaxy Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini. Anda boleh mengikuti acara Galaxy Unpacked 2022 di www.samsung.com/mySamsung Malaysia FacebookSamsung Malaysia YouTube, dan Samsung Malaysia Newsroom pada 10 Ogos, Rabu, 9 malam waktu Malaysia.

Bermula dari sekarang hingga 10 Ogos ini, daftarkan minat anda di https://www.samsung.com/my/unpacked/ to untuk mendapatkan maklumat terkini secara terus berkenaan inovasi baharu Samsung. Malah, anda juga menerima e-baucar Samsung bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk pra-pesanan peranti Galaxy anda yang akan datang.

Tinggalkan komentar