Musim panas akibat fenomena El-Nino sekarang ni, memang amat terasa sekali bahangnya. Jadi, pakar-pakar meteorologi merasakan bahawa hujan dijangka berkurangan. Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang sememangnya senantiasa panas, menjadi bertambah panas.
Nany Photography
Apabila hujan sudah mula jarang-jarang turun, maka ”gangguan bekalan air tidak berjadual” akan semakin kerap berlaku. Nak kata panas langsung takda awan, sekali-sekala aku tengok kat langit, ada je awan-awan kumulonimbus.
Apakah pihak-pihak berwajib tidak melakukan kerja-kerja pembenihan awan?
Adakah nak tunggu sampai empangan-empangan di Selangor ni kering-kontang baru nak buat? Sampai bila nak buat catuan air ni? Teknologi dah ada, tapi kenapa nak tangguh lama-lama? Lepas Raya baru terhegeh-hegeh nak selesaikan masalah? Memang dah terlambat la beb.
Nama je duduk kat KL, tapi bila time takda air, rasa macam duduk kat dunia negara ketiga kat Afrika. Menteri dah tak payah susah-susah nak halau rakyat pergi duduk kat Afrika, kat KL pun dah boleh rasa macam duduk kat sana.


24 KOMEN

  1. Masa akak kerja kt SYABAS dulu, district kena tunggu arahan dari HQ baru diorang akan set up ERP.. means dat bila dah kritikal baru nak buat Emergency Response Plan (ERP)
    level kolam & empangan diorang sentiasa pantau.. tapi tak tau lah kenapa mst ada catuan air lagi.. pening betul! [-(

  2. Ujian buat rakyat bila bab air dipolitikkan sebenarnya dik. Tak kan selamanya nak tunggu hujan. Kat negara panas yg kurang hujan kenapa boleh ada air sepanjang masa? Mekah tu hujan setahun sekali-dua aje tapi merungut tak ada air ada tak? Tak ada kan…

    Sudah sampai masa rakyat kena celik mata sebenarnya agar masalah tak menimpa diri kita sendiri. Tak tahulah apa akan jadi pada anak-cucu kelak kalau selamanya macam ini.

  3. Bukan sebab panas dan tidak hujan punca bekalan air xde… Semuanya sebab politik. Dubai yg hanya sebuah padang pasir tandus pun xde masalah air…malah maju dan membangun lagi!

Tinggalkan komentar