NEW YORK, 22 Januari 2024 /PRNewswire/ — OANDA Global Corporation hari ini mengumumkan pelancaran OANDA Labs Trader, program perdagangan perintis yang bertumpukan sekitar perkongsian untung yang membolehkan pedagang mengembangkan kemahiran mereka dan mempercepatkan keuntungan mereka.
OANDA Labs Trader tersedia kepada penduduk negara-negara yang mendapat servis daripada bahagian Global Markets OANDA, sebuah firma yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan British Virgin Islands. Program ni dibangunkan untuk memberi peluang unik kepada pelabur persendirian yang berbakat dan pedagang terarah kendiri untuk menjadi penyedia isyarat, berdasarkan perkongsian untung, kepada perniagaan perdagangan proprietari OANDA.
Bagi memperoleh bahagian keuntungan sebagai OANDA Labs Trader, perlu lulus penilaian terlebih dahulu melalui Cabaran dagangan, persekitaran demo yang memberi peluang kepada mereka untuk menguji strategi dan kemahiran mereka menerusi dana maya.
Mengulas tentang pelancaran ini, Kurt vom Scheidt, Ketua Pegawai Operasi OANDA berkata: “Visi kami bertumpukan untuk mengupayakan perdagangan yang lebih pintar untuk pelanggan. Melalui program ini, pedagang yang paling berkebolehan diperkasa dengan akses yang diperkemas kepada pasaran kewangan global dalam pelbagai kelas aset. Selain daripada bahagian yang dapat mereka peroleh daripada perdagangan menguntungkan atau dana maya, pedagang akan menerima alatan yang diperlukan, seperti bahan pendidikan serta ciri dan widget berpandukan data yang eksklusif, bagi menetapkan mereka untuk mencapai perdagangan yang berjaya. Kami berharap dapat mengembangkan aktiviti perdagangan propretari kami dengan menggabungkan isyarat yang berharga daripada Labs Traders sebagai input kepada model-model dagangan kami.”
OANDA Labs Trader juga merupakan jenama baharu dan bertenaga yang akan menjadi penting untuk pedagang dan pelabur persendirian di serata dunia, diekspresikan oleh warna jingga dan hitam yang sangat kontras. Dibangunkan berdasarkan slogan berani “anda tingkatkan prestasi, kami akan kumpul modal,” OANDA Labs Trader memberi inspirasi kepada pedagang yang berdikari untuk memanfaatkan kemahiran, pandangan dan strategi demi mencapai matlamat kewangan mereka.
Bagaimana program OANDA Labs Trader berfungsi
Program OANDA Labs Trader membolehkan pedagang yang lulus penilaian mendapat akses kepada akaun OANDA Labs Trader dan berkongsi dalam P&L yang mereka hasilkan. Model-model dagangan proprietari OANDA menggunakan isyarat dagangan yang dihasilkan oleh OANDA Labs Traders melalui kombinasi dengan pembolehubah input lain bagi membimbing keputusan kedudukan pasaran OANDA. Modal proprietari OANDA berhadapan dengan risiko, maka OANDA meminta OANDA Labs Traders yang berpotensi untuk melengkapkan penilaian (“Cabaran”) untuk melayakkan diri ke program itu dan menunjukkan keupayaan untuk menjana keuntungan dan mengurus risiko. Walaupun modal yang disediakan dalam OANDA Labs Trader adalah maya, pedagang berhak mendapat sebahagian keuntungan yang dijana dalam akaun mereka. OANDA Labs Traders diberi akses kepada hubungan teknologi dan pasaran kami untuk membantu mereka menggunakan kemahiran perdagangan mereka bagi mencipta isyarat yang menguntungkan.
Untuk maklumat lanjut kunjungi laman web OANDA Labs Trader di https://labstrader.oanda.com.
OANDA Labs juga merupakan hab kandungan khusus dalam laman web OANDA Labs Trader yang menyediakan kepada pedagang dengan alatan unik berpandukan data seperti Sentimen Pasaran dan Instrumen Topikal, serta pelbagai artikel dengan maklumat strategik untuk membantu mereka membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.
Latar Belakang OANDA
Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA ialah salah sebuah kumpulan perdagangan dalam talian yang terkemuka di dunia, menawarkan dagangan berbilang aset, data mata wang dan analitis kepada pelanggan runcit dan korporat di serata dunia.
Bermula daripada akar umbinya menyediakan data kadar pertukaran percuma pada Internet hingga melancarkan platform dagangan forex yang membantu mempelopori dagangan mata wang berasaskan web, OANDA tetap menumpukan perhatian untuk membina pengalaman dagangan yang lebih pintar.
Dengan entiti dikawal selia dalam banyak pasaran kewangan yang paling aktif di dunia termasuk New York, Toronto, London, Warsaw, Singapura, Tokyo dan Sydney, OANDA membolehkan pelanggan runcit berdagang dalam pelbagai kelas aset pada platform dagangan yang memenangi anugerah. Bergantung pada lokasi geografi, ini mungkin termasuk derivatif yang melibatkan indeks pasaran global, ekuiti, komoditi, perbendaharaan, logam berharga, forex dan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut kunjungi https://www.oanda.com/group/ atau ikuti OANDA di LinkedIn.
SOURCE OANDA
















