Buat anda yang seperti kami, anda mungkin memulakan 2021 dengan harapan yang tinggi dan penuh optimistik untuk tahun ini. Mungkin siap dengan senarai resolusi tahun baru.

Namun, apabila kalendar tahun ini mula menganjak, anda mungkin perlu membuat penilaian semula apabila tuntutan kerjaya membuatkan anda semakin sibuk.

Untuk itu, bagi meningkatkan semula keyakinan dan motivasi di dalam diri anda, Galaxy Z Flip mungkin mampu memberikan jawapan untuk anda.

Tip 1: Nyalakan jiwa dan kembalikan kecergasan tubuh anda

Rutin harian tanpa hala tuju mungkin membosankan anda dan ia perlu diselang seli dengan hobi dan pengalaman baharu untuk membuka minda anda. Nikmati pembacaan ebook kegemaran anda melalui Galaxy Z Flip.

Paparan Dynamic AMOLED 6.7-inci yang memukau mampu memberikan anda lebih kenikmatan pembacaan menerusi kelebihan paparannya yang boleh dilipat dua.

Bagi anda yang inginkan sesuatu yang lebih rancak, anda boleh mencuba pelbagai video kelas-kelas kecergasan dan tarian bagi mengembalikan stamina dan meningkatkan kesihatan anda. Melalui Galaxy Z Flip, anda boleh mengikuti video sesi kelas kecergasan atau tarian berkenaan tanpa perlu meletakkannya pada cagak. Ini kerana, Galaxy Z Flip boleh dilipat untuk mendirikannya.

Temui detik-detik kegirangan anda

Jika anda sudah merasa bosan dengan rutin harian anda saban minggu di rumah, anda mungkin boleh mencuba sesi fotografi #OOTD menerusi full glam mode Samsung Galaxy Z Flip.

Selain itu, anda juga boleh mencuba dengna Flex Mode bagi merakamkan aktiviti-aktiviti menarik harian anda seperti mengenakan solekan mahupun rutin penjagaan wajah. Melalui kualiti rakaman video sehingga 4K dengan Samsung Galaxy Z Flip, pastinya aktiviti harian anda lebih menceriakan.

Tidak kira sama ada sasaran anda tahun ini besar atau kecil, menghidupkan kembali motivasi anda setidaknya dapat memberikan semula keyakinan anda untuk mencapai sasaran.

Artikel ini dibawakan oleh Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar