Tidak lama dahulu, Nvidia menyatakan perancangannya untuk membawakan perkhidmatan penstriman permainan GeForce Now ke Android. Kini, pengeluar GPU terkemuka ini telah mula melaksanakannya dengan menumpukan pada peranti Android sebagai permulaan.

Perkhidmatan ini telah mula ditawarkan secara rasminya, namun untuk pengguna-pengguna Android di Korea Selatan sahaja setakat ini. Langkah ini mungkin diambil kira dari jalinan kerjasama dengan sebuah firma Korea Selatan, LG U+ yang membantu menjayakan pelaksanaan perkhidmatan ini.

Tambahan pula, mengambil kira tahap kemajuan infrastruktur internet Korea Selatan yang antara termaju di dunia mendorong kepada keputusan ini.

Bagi anda yang merasa gatal tangan untuk mencubanya, anda masih boleh mencubanya dengan mendapatkan APK aplikasi ini walaupun secara rasminya ia hanya dilancarkan di Korea Selatan sahaja.

Sesetengah pengguna dilaporkan telah berjaya mencuba aplikasi ini dan beberapa contoh boleh dilihat sebagaimana di dalam video berikut.

Bagi mengakses aplikasi GeForce Now untuk Android, anda perlu memastikan peranti anda menjalankan sistem operasi Android 5.0 atau ke atas. Aplikasi ini menawarkan butang kawalan maya untuk kegunaan skrin sesentuh, tetapi untuk pengalaman permainan yang lebih baik, anda dinasihatkan supaya memainkannya dengan pad permainan (gamepad) Bluetooth.

Sumber berita diperoleh dari The Verge

Tinggalkan komentar