Telefon pintar dengan jenama Nokia dijangkakan kembali lagi berikutan bekas-bekas pengurus syarikat dari Finland ini telah mendapatkan lesennya dari Microsoft. Usaha ini turut melibatkan usahasama dengan Google dan pengeluar telefon Foxconn.

Nokia sebelum ini merupakan pengeluar telefon yang paling terkemuka di muka bumi. Namun, telah ketinggalan dalam perlumbaan era telefon pintar. Hinggakan telah memilih sistem operasi Microsoft Windows yang tidak popular untuk barisan telefon pintar Lumia keluarannya.

2014, Nokia telah menghentikan aktiviti pengeluaran telefonnya dan menyerahkan perniagaan tersebut kepada Microsoft bagi menumpukan usaha terhadap perniagaan perkakasan rangkaian mudah alih miliknya. Microsoft meneruskan aktiviti jualan telefon pintar Lumia dibawah jenamanya sendiri sehingga penghujung. Itupun, tahun ni macam dah hidup segan mati tak mau.

HMD Global yang dipimpin oleh veteran Nokia, Arto Nummela berhasrat ingin melancarkan telefon pintar Nokia dibawahnya pada awal tahun hadapan dengan menggunakan sistem operasi Android dari Google. Usaha ini bukanlah mudah memandangkan perniagaan telefon pintar hari ini didominasi oleh Apple dan Samsung, serta pengeluar-pengeluar dari China yang menawarkan peranti berspesifikasi tinggi pada harga yang amat kompetitif.

Jenama Nokia kini bertahan sebagai jenama telefon bimbit biasa pada harga bajet yang amat popular di rantau Asia, India dan Eropah Barat. Telefon-telefon bimbit ini pada kebiasaannya dijual pada harga dibawah RM100 dan jauh lebih murah berbanding harga telefon pintar di pasaran.

Pengeluaran telefon pintar jenama Nokia di bawah HMD Global akan menggunakan sistem operasi Android. Manakala keseluruhan pembuatannya dibuat oleh syarikat yang berpangkalan di Taiwan, Foxconn.

Sumber berita diperoleh dari Ars Technica

 

2 KOMEN

Tinggalkan komentar