Utama PRNewswire NOCO-NOCO UMUM PAKATAN STRATEGIK DENGAN TESNOLOGY MAJUKAN INISIATIF BANDAR PINTAR

NOCO-NOCO UMUM PAKATAN STRATEGIK DENGAN TESNOLOGY MAJUKAN INISIATIF BANDAR PINTAR

207
0
SINGAPURA, 13 November 2023 /PRNewswire/ — noco-noco Pte Ltd. (“noco-noco”), penyedia penyelesaian penyahkarbonan terkemuka dan subsidiari milik penuh noco-noco Inc. (Nasdaq “NCNC”), telahpun menjalin pakatan perniagaan strategik dengan Tesnology Co., Ltd. (“TESNOLOGY”), kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) perintis bagi membangunkan teknologi untuk bandar pintar. Kolaborasi ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan serta pelaksanaan kumpulan perintis peranti RCTnm yang mengintegrasikan dengan lancar bateri bernilai tambah tinggi noco-noco yang dilengkapi dengan teknologi X-SEPA™ (pemisah) serta teknologi kawalan pinggir teragih TESNOLOGY.

Peranti RCTnm, pertama kali dipamerkan di CES2023 dan VivaTech 2023, memperlihatkan lonjakan ketara ke hadapan dalam bidang pengurusan tenaga, pemencaran dan realisasi bandar pintar.

Sebagai respons kepada krisis iklim global, dunia sedang beralih daripada penyelesaian data emisi tinggi dan pengurusan tenaga lebih lestari. Pakatan ini meletakkan noco-noco dan TESNOLOGY di bahagian hadapan peralihan ini, membayangkan masa depan di mana bandar-bandar bersifat lestari, mampu diri dan dibina berdasarkan kepada asas maklumat dan tenaga yang didemokrasikan. Kolaborasi ini memfokuskan untuk mencipta persekitaran bandar pintar yang ideal, yang mana data peribadi dilindungi, penggunaan tenaga dioptimumkan dan penduduk menikmati kehidupan yang selesa dengan penggunaan kuasa minimum.

Inovasi penting yang memacu visi ini ialah peranti RCTnm, rangkaian produk yang menggabungkan teknologi pengurusan data teragih TESNOLOGY dengan bateri hayat panjang dan tahan suhu tinggi pengubah industri daripada noco-noco, mengubah pengurusan data dan tenaga di peringkat isi rumah terkecil untuk akhirnya menubuhkan bandar pintar dengan rangkaian tempatan komunikasi jejaring.

Tunjang bagi peranti-peranti ini ialah ‘DI-Engine’ TESNOLOGY, sistem digital bertumpu bahasa yang memastikan keselamatan data dan pendemokrasian maklumat tanpa bergantung pada Internet atau infrastruktur awan yang bertanggungjawab secara global untuk 1% emisi GHG berkaitan tenaga. Bahkan, sebuah pusat data boleh menggunakan tenaga elektrik yang setara dengan 50,000 rumah dan menjelang tahun 2030, pusat data diunjurkan menggunakan 13% tenaga elektrik global.

Di samping itu, data dan cabaran privasi yang terdapat dengan storan data berasaskan awan semakin diteliti dengan rapi dan dikawal atur di seluruh dunia. Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat tentang data dan privasi daripada penyelesaian berasaskan awan. Peranti RCTnm akan mengoptimumkan teknologi storan dan pengurusan data bukan awan, menyampaikan alternatif pengurusan bateri dan tenaga ternyahkarbon yang holistik.

NOCO-NOCO UMUM PAKATAN STRATEGIK DENGAN TESNOLOGY MAJUKAN INISIATIF BANDAR PINTAR

Peranti RCTnm mentakrifkan semula tujuan bateri, mentransformasikannya daripada unit storan tenaga semata-mata menjadi hab pengurusan maklumat dan tenaga. Peranti ini mengupayakan penggunaan tenaga elektrik yang cekap, memudahkan bekalan tenaga dan ramalan permintaan serta memperkasa penduduk untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti penyahkarbonan.

Kejayaan teknologi yang diserlahkan oleh kolaborasi ini bukan sahaja mempermudah usaha kelestarian, tetapi turut mengubah inisiatif penyahkarbonan menjadi penjana nilai, lalu mencipta peluang untuk perniagaan berkembang maju sekali gus meminimumkan impak alam sekitar mereka.

Berbicara tentang kepentingan inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif noco-noco Masataka Matsumura berkata, “Proposisi nilai perkongsian ini dari perspektif noco-noco adalah jelas: jangka hayat lanjutan bagi bateri berprestasi tinggi dibenamkan X-SEPA™ kami, digandingkan dengan keupayaan pengurusan data inovatif daripada TESNOLOGY, mewujudkan sinergi yang melangkaui pencipta keuntungan tradisional. Bateri pintar ini dapat membentuk sebuah ekosistem yang bukan sahaja berpotensi mengurangkan kos operasi untuk perniagaan dalam tempoh jangka panjang, tetapi turut meningkatkan kecekapan keseluruhan sistem tenaga, menjadikannya aset penting dalam peralihan ke arah amalan lestari dan mesra alam.”

Menurut Dr Katsuhiko Kondo, Presiden TESNOLOGY, “Memulakan perjanjian perniagaan yang strategik ini menandakan bahawa noco-noco dan TESNOLOGY berkongsi keazaman yang sama untuk merevolusikan sistem storan tenaga, mengupayakan penyepaduan yang lancar dan pengoptimuman penggunaan tenaga merentas pelbagai aplikasi, bermula daripada isi rumah hingga seluruh komuniti.”

Latar Belakang noco-noco

noco-noco (Simbol Nasdaq “NCNC”) ialah penyedia penyelesaian penyahkarbonan dengan portfolio perniagaan dalam pemajakan teknologi bateri, penjualan EV dan penjanaan kredit karbon. Teknologi dan penyelesaiannya direka bentuk untuk mempercepatkan peralihan kelestarian global, memenuhi keperluan pengelektrikan berprestasi tinggi, tahan suhu yang tinggi dan tanpa masalah. Visi kami termasuk melengkapkan bateri EV dengan peranti IoT untuk pengoptimuman tenaga pintar, membawakan penyelesaian tenaga bersih, berpatutan dan lestari ke barisan hadapan dunia masa depan. Untuk maklumat lanjut mengenai noco-noco, kunjungi www.noco-noco.com

Latar Belakang TESNOLOGY: 

TESNOLOGY ialah kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang diketuai oleh Katsuhiko Kondo, pencipta RCTnm dan ahli-ahlinya mahir dalam pembangunan teknologi merentas pelbagai bidang. Dengan menggabungkan teknologi pengurusan data inovatif dengan teknologi asas seperti kawalan kuasa, kawalan motor, kawalan bateri dan teknologi kewangan (fintech), kami akan mengupayakan penciptaan nilai baharu dan merealisasikan pembangunan produk dan perkhidmatan baharu melalui kolaborasi dengan institut-institut penyelidikan serta syarikat-syarikat.

Untuk pertanyaan:
contactus@noco-noco.com

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian seksyen 27A Akta Sekuriti A.S. 1933, sebagaimana yang dipinda (“Akta Sekuriti”), dan seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti AS 1934 (“Akta Bursa”) yang berdasarkan kepercayaan dan andaian dan maklumat yang tersedia pada masa ini untuk noco-noco. Dalam sesetengah kes, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang pandang ke hadapan dengan perkataan berikut: “boleh,” “akan,” “dapat”, “sepatutnya,” “dijangka,” “berniat,” “merancang,” “menjangka ,” “percaya”, “menganggar,” “meramalkan,” “mengunjurkan,” “berpotensi,” “terus,” “berterusan,” “sasaran,” “mencari” atau negatif atau jamak bagi perkataan-perkataan ini, atau ungkapan lain yang serupa yang merupakan ramalan atau menunjukkan peristiwa atau prospek masa depan, walaupun tidak semua kenyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan ini. Sebarang kenyataan yang merujuk kepada jangkaan, unjuran atau ciri lain bagi peristiwa atau keadaan masa hadapan, pasaran di mana noco-noco beroperasi serta sebarang maklumat mengenai kemungkinan atau andaian keputusan masa depan operasi noco-noco, juga merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan ini melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan ini. Walaupun noco-noco percaya bahawa ia mempunyai asas yang munasabah untuk setiap kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam komunikasi ini, noco-noco memberi amaran kepada anda bahawa kenyataan ini adalah berdasarkan gabungan fakta dan faktor yang diketahui pada masa ini dan unjuran masa depan, yang sememangnya tidak pasti. noco-noco tidak boleh memberi jaminan kepada anda bahawa kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini akan terbukti tepat. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian, termasuk, antara lain, kesan pandemik COVID-19 global, hasil daripada sebarang litigasi berpotensi, prosiding kerajaan atau kawal selia dan risiko dan ketidakpastian lain. Mungkin terdapat risiko tambahan yang tidak diketahui oleh noco-noco pada masa ini atau yang dipercayai oleh noco-noco pada masa ini adalah tidak material yang juga boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang terkandung dalam kenyataan pandang ke hadapan. Memandangkan ketidaktentuan yang ketara dalam kenyataan pandang ke hadapan ini, anda tidak seharusnya menganggap kenyataan ini sebagai representasi atau jaminan oleh noco-noco dan pengarah, pegawai atau pekerja masing-masing atau mana-mana orang lain yang mana noco-noco akan mencapai objektif dan rancangan mereka dalam mana-mana tempoh masa yang ditetapkan, atau sama sekali. Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan noco-noco setakat tarikh komunikasi ini. Peristiwa dan perkembangan seterusnya boleh menyebabkan pandangan tersebut berubah. Walau bagaimanapun, walaupun noco-noco boleh mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini pada masa hadapan, tiada niat semasa untuk berbuat demikian, kecuali setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Oleh itu, anda seharusnya tidak bergantung pada kenyataan pandang ke hadapan ini sebagai mewakili pandangan noco-noco pada mana-mana tarikh selepas tarikh komunikasi ini.

(PRNewsfoto/noco-noco)

SOURCE noco-noco

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.