Kuala Lumpur, 10 Mac 2025 – Pada bulan Ramadan yang penuh barakah, fokus masyarakat Muslim pastinya tertumpu pada amalan mulia yang berlandaskan keikhlasan dalam menunaikan ibadah puasa, solat fardu, solat tarawih, zakat dan sedekah, di samping muhasabah diri dan penyucian rohani.
Berpegang kepada niat yang ikhlas, amalan dan tindakan yang tulus, serta rasa belas kasihan sesama insan, AEON Bank (M) Berhad memperkenalkan tema “Niat di Hati, Semua Jadi” yang menjelaskan bahawa niat yang baik, walau sekecil mana pun, jika dilaksanakan dengan molek dan tertib, mampu mencetuskan impak positif.
Niat untuk Menyemai Keterangkuman Kewangan di Kalangan Belia : Panel Dialog Shariah Live!
Selaras dengan komitmennya untuk membudayakan keterangkuman kewangan, AEON Bank telah menganjurkan panel dialog Shariah Live! buat julung kalinya pada 3 Mac 2025, pada hari kedua Ramadan, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Program yang dihoskan oleh Aniq Muhai tersebut berjaya menarik penyertaan seramai lebih 800 orang pelajar dan pegawai universiti. Ia menampilkan perbincangan panel bertajuk ‘Digital Banking 101’, yang diterajui oleh Pengerusi Jawatankuasa Shariah serta Ahli Lembaga Pengarah AEON Bank, Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin; dan Ketua Pegawai Shariah AEON Bank, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan.
Menyedari bahawa belia hari ini merupakan pemimpin hari esok, program tersebut bertujuan untuk menyemai pengetahuan dan pemahaman tentang dasar asas dan prinsip utama sistem kewangan patuh Shariah, manfaat perbankan digital Islamik, serta potensinya dalam menambah nilai mendorong serta impak positif kepada masyarakat.
Acara tersebut diakhiri dengan dengan majlis berbuka puasa dengan juadah iftar tajaan AEON Bank di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM, sebagai sebahagian daripada program Jaulah Iftar.
Sebagai pengantara ke arah keterangkuman kewangan, AEON Bank turut membuka satu kaunter istimewa bagi membantu pelajar UIAM membuka Akaun Simpanan-i AEON Bank. Ianya membuatkan ramai pelajar berasa teruja, khususnya kerana ia merupakan kali pertama mereka menerokai aplikasi perbankan digital patuh Syariah. Para pelajar yang melewati kaunter tersebut juga menerima hadiah eksklusif daripada AEON Bank.
Niat untuk Menyumbang kepada Masyarakat dan Mencipta Impak Bermakna : Inisiatif CSR ‘Salam Prihatin’ AEON Bank
Meneruskan momentum positif inisiatif CSR Ramadan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2023, AEON Bank bakal menggerakkan inisiatif ‘Salam Prihatin’ pada tahun ini bagi menyantuni komuniti B40 dari Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang Lembah Pantai (PERKEMP) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO), serta syarikat sekutu AEON Bank, AEON Co.
‘Salam Prihatin’ bakal membantu 400 ahli keluarga daripada 100 isi rumah dari Perumahan Pantai Permai. Pada 11 Mac 2025, para penerima sumbangan akan dibawa dengan bas khas ke AEON Mall Taman Maluri untuk membeli barangan dapur dan keperluan Ramadan mereka. Ianya bertujuan untuk menceriakan mereka, di samping memberi daya autonomi dalam memilih barangan runcit mengikut keperluan keluarga masing-masing. AEON Bank telah memperuntukkan sumbangan berjumlah RM30,000 yang mana setiap keluarga akan menerima RM300 untuk pembelian barangan runcit.
AEON Bank dan AEON Co. akan turut menggerakkan kakitangan mereka sebagai sukarelawan demi memastikan setiap keluarga dapat memaksimumkan sumbangan RM300 apabila membuat pembelian, lantas menyumbang ke arah niat untuk mencetuskan kesedaran kewangan.
Niat untuk Berbelanja dengan Cermat dan Bijak : Kempen Salam Ramadan 10X Mata Ganjaran AEON
Sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, AEON Bank menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bijak berbelanja, memaksimumkan penjimatan serta menikmati ganjaran tambahan menerusi transaksi harian dan juga apabila membeli-belah untuk Ramadan dan Raya. Bermula 1 Mac hingga 6 April 2025, para pelanggan boleh mendapat ganjaran istimewa 10X Mata Ganjaran AEON apabila membuat pembayaran menggunakan Kad Debit-i AEON Bank di rangkaian peruncit AEON yang mengambil bahagian. Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus kepada wang tunai menerusi aplikasi AEON Bank.
Selain itu, para pelanggan juga digalakkan untuk memulakan beberapa Savings Pot masing-masing melalui aplikasi AEON Bank agar dapat menikmati kadar keuntungan 3.00% setahun – salah satu kadar yang paling kompetitif di pasaran hari ini.
Di samping itu, para pengguna boleh mengumpul Neko Paws dengan menyertai Neko Missions, dan menebus ganjaran menarik daripada rakan niaga seperti ZUS Coffee, Tealive dan DuitNow PayNet.
Niat untuk Mendekatkan Perbankan Digital Patuh Shariah Dengan Komuniti : Neko Cruiser Jelajahi Bazar Ramadan
Bagi orang ramai yang ingin bersalaman dengan maskot kucing AEON Bank yang comel – Neko – jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi bazar Ramadan terpilih kerana Neko Cruiser akan turun padang dan berinteraksi dengan pelanggan dari minggu kedua hingga keempat Ramadan. Neko Cruiser berperanan sebagai hab keterangkuman kewangan digital interaktif O2O bergerak yang menghubungkan komuniti dengan perkhidmatan perbankan digital, justeru membantu mereka untuk lebih mudah beralih ke arah transaksi tanpa tunai, serta mengoptimumkan penggunaan pembayaran digital.
- 13 – 15 Mac 2025, bermula 4 petang : Bazar Ramadan Kg Melayu Majidee, Johor Bahru
- 20 – 22 Mac 2025, bermula 4 petang : Bazar Ramadan Pandan Indah, Kuala Lumpur
- 25 – 27 Mac 2025, bermula 4 petang : Bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan
Di semua lokasi tersebut, pasukan Neko Cruiser akan membantu orang ramai memuat turun aplikasi, membuka Akaun Simpanan-i mereka dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti O2O bagi memenangi hadiah eksklusif AEON Bank.
Niat untuk Menyambut Syawal dengan Lebih Bermakna : Impian Kewangan Jadi Kenyataan dengan Personal Financing-i
Berita baik buat rakyat Malaysia yang menginginkan pembiayaan patuh Shariah tanpa cagaran. AEON Bank telah memperkenalkan Personal Financing-i (PF-i) yang menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM10,000.
Sepanjang tempoh promosi dari 5 hingga 31 Mac 2025, 500 pelanggan pertama yang berkelayakan akan menerima Mata Ganjaran AEON bernilai sehingga RM50 selepas pembiayaan PF-i berjaya disalurkan. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Niat untuk Menyumbang kepada Pembangunan Kewangan Islam dan Ekonomi Digital Negara
Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON – yang telah berada di pasaran Malaysia selama lebih 40 tahun – AEON Bank kekal komited dalam membina masa depan kewangan yang lebih inklusif, membantu rakyat Malaysia mencapai kebebasan ekonomi, memacu industri perbankan Islam berteraskan teknologi kewangan (fintech) di rantau ini, serta memperkembangkan pertumbuhan ekonomi digital negara.
Klik pautan berikut untuk menonton video ‘Niat Di Hati, Semua Jadi’, kemudian kongsikan ‘niat’ anda dengan menandai serta mengikuti AEON Bank di media sosial. Untuk maklumat lanjut tentang kempen Ramadan dan Syawal, layari laman web AEON Bank dan imbas kod QR berikut untuk memuat turun aplikasi AEON Bank.













