Netflix baru-baru ini telah mendedahkan harga perkhidmatannya di Malaysia akan dinaikkan bermula Januari ini. Kenaikan ini adalah pertama kali dilakukan di Malaysia sejak ia mula diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada tahun 2016.

Bagaimanapun, tidak semua pelan Netflix di Malaysia terkesan dengan perubahan harga ini. Pelan Netflix untuk mudah alih sahaja masih lagi ditawarkan pada RM17 sebulan.

Manakala pelan-pelan lain telah dinaikkan harga langganannya. Untuk pelan Basic, harganya telah dinaikkan dari RM33 sebulan kepada RM 35. Untuk pelan Standard pula, ianya telah dinaikkan dari RM42 sebulan kepada RM 45 dan pelan Premium telah dinaikkan kepada RM55 dari RM51 sebulan sebelum ini.

Harga langganan terbaru ini akan mula berkuatkuasa dari 9 Januari 2020. Netflix turut menyatakan pihaknya akan memaklumkan kepada para pelanggannya sebulan lebih awal sebelum mula membayar dengan harga baru.

Menurut Netflix, kenaikan harga ini dibuat bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kandungan yang ditawarkan kepada para pelanggannya. Selain itu, Netflix juga menyatakan cukai digital yang mula berkuatkuasa di Malaysia pada 1 Januari 2020 akan dimasukkan pada harga langganan perkhidmatannya.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar