Pengerusi MultiBank Group memperoleh anugerah tertinggi, manakala MultiBank Group turut menerima anugerah Institusi Derivatif Kewangan Terkemuka

DUBAI, UAE, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ — Majlis Anugerah Le Fonti yang Berprestij telah diadakan pada Khamis malam, 16 Februari di The Palace Downtown Dubai, yang meraikan para pemimpin perniagaan terkemuka dari seluruh dunia.

Anugerah tahunan ini memberi penghormatan kepada kecemerlangan perniagaan tahap tertinggi serta diiktiraf di seluruh industri sebagai tanda kualiti yang sebenar. Pada majlis tersebut, MultiBank Group telah dianugerahkan ‘Institusi Derivatif Kewangan Terkemuka’; dan Pengerusinya, En. Naser Taher diiktiraf sebagai ‘Pengerusi Terbaik Tahun Ini’.

Mengulas tentang kemenangan berganda tersebut, Pengerusinya En. Naser Taher berkata, “Ia menjadi bukti kepada dedikasi dan komitmen pasukan kami” serta mengiktiraf usaha seluruh MultiBank Group. Dalam ucapan beliau, En. Taher menyatakan, “MultiBank Group telah berkembang menjadi salah sebuah institusi derivatif kewangan terbesar, walaupun bukanlah yang terbesar sekali, di mana syarikat ini memiliki perolehan harian sebanyak USD12.1 bilion, lebih 1 juta pelanggan dan lebih 30,000 pelanggan institusi. Selain itu, kami turut mengekalkan rekod terbaik dengan semua 11 badan kawal selia kami sejak tahun 2005.”

Le Fonti memberi tumpuan kepada peningkatan ciri-ciri unik syarikat. Memupuk sebuah komuniti perniagaan yang terdiri daripada lebih sepuluh juta orang di seluruh dunia, acara ini menawarkan peluang kepada para pemimpin industri untuk berhubung, belajar dan berkembang antara satu sama lain. Persidangan Kemuncak dan Majlis Anugerah ini telah disusuli dengan majlis Makan Malam Gala yang menghiburkan bagi mengakhiri kejayaan acara pada malam tersebut.

Tentang MultiBank Group: 

MultiBank Group telah ditubuhkan di California, AS, pada tahun 2005. Ia kini mempunyai jumlah dagangan harian melebihi USD12.1 bilion setiap hari yang menakjubkan dan memberi perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang luas yang terdiri daripada lebih 1,000,000 pelanggan dari lebih 100 buah negara di 5 benua di seluruh dunia. Sejak penubuhannya, MultiBank Group telah berkembang menjadi salah sebuah penyedia derivatif kewangan dalam talian yang terbesar di seluruh dunia yang menawarkan perkhidmatan pembrokeran dan pengurusan aset. Kumpulan ini menawarkan platform dagangan yang memenangi anugerah kepada para pelanggannya yang dihargai dengan leveraj ke atas produk hingga 500:1 termasuk Tukaran Mata Wang Asing, Logam, Saham, Komoditi, Indeks dan Aset Digital. Untuk maklumat lanjut tentang MultiBank Group, sila layari https://multibankfx.com/.

Video: https://www.youtube.com/watch?v=CkMgtGscWB0
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2007966/Naser_Taher_at_Le_Fonti.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/1951277/MBG_Logo.jpg

Naser Taher dianugerahkan 'Pengerusi Terbaik Tahun Ini' di Dubai

 

MultiBank Group Logo

 

Tinggalkan komentar