Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan halaman “check-in” baharu akan diperkenalkan ke dalam aplikasi MySejahtera. Kemaskini baharu ini akan mula diterbitkan bermula tengah malam ini.

Apa yang membezakan dengan halaman “Check-in” baharu ini dengan yang sedia ada adalah pada semakan status vaksinasi pengguna. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu ke bahagian-bahagian lain di dalam aplikasi berkenaan untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi.

Selain itu, status penilaian risiko pada halaman “Check-in” baharu ini juga lebih besar dan disertakan dengan kod berwarna. Bukan itu sahaja, terdapat bahagian baharu pada halaman paparan lokasi “check-in” terakhir. Kali ini, halaman tersebut menyediakan pilihan “check-out” bagi memudahkan penjejakan kontak dilakukan.

Halaman selesai “check-in” juga telah dikemaskini dengan paparan status vaksinasi. Menteri berkenaan juga menyatakan aplikasi MySejahtera juga akan menerima penambahbaikan dan kemaskini baharu dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang ini.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kemaskini tersebut masih lagi belum ditawarkan pada iOS App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Tinggalkan komentar