Utama Teknologi GovTech MyKad baharu akan hadir dengan Data Biometrik 10 Cap Jari, Anak Mata,...

MyKad baharu akan hadir dengan Data Biometrik 10 Cap Jari, Anak Mata, dan Wajah

462
0

Kerajaan telah meluluskan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 yang memperluaskan penggunaan data biometrik bagi tujuan identifikasi. Pindaan yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat secara pungutan suara ini adalah bagi memodenkan sistem keselamatan dan pengesahan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyatakan kaedah baharu ini akan melibatkan data-data biometrik seperti sepuluh cap jari, imbasan anak mata (iris) dan pengecaman wajah. Beliau menjelaskan pembaharuan ini diperlukan bagi memenuhi keperluan keselamatan semasa dan menjamin maklumat sensitif peribadi dengan lebih berkesan.

Tambah beliau lagi, usaha ini juga selaras dengan cadangan untuk memperkenalkan kad pengenalan berstruktur baharu bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatannya. Kad dinaiktaraf yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara ini akan menggantikan versi sedia ada yang diperkenalkan pada 2012. Rekaan baharu tersebut dijangka dapat membantu mencegah pemalsuan identiti, dokumen dan penyalahgunaan.

Perangkaan rasmi menunjukkan antara 2021 dan Ogos 2025, terdapat sejumlah 795 kesalahan melibatkan berkaitan pengenalan diri telah direkodkan. Dari jumlah tersebut, 326 kes melibatkan individu yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu atua menggunakan dokumen milik orang lain. Pihak kementerian melihat naik taraf kad pengenalan dan ciri biometrik ini penting bagi membanteras jenayah melibatkan identiti selain memastikan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Tinggalkan komentar