Umat Islam di enam buah negeri di Malaysia kini boleh menunaikan zakat fitrah secara dalam talian sepanjang Ramadan ini menerusi platform MyEG. Penyediaan platform diharapkan dapat membantu umat Islam menjalani ibadah dengan mudah ketika berdepan dengan wabak COVID-19.

Menurut Pengarah Eksekutif MyEG, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha, pengguna yang ingin menunaikan zakat melalui perkhidmatan ini boleh melayari laman web MyEG. Pengguna perlu memiliki akaun di dalam portal MyEG bagi membolehkan pembayaran zakat ditunaikan mengikut negeri dan kadar yang telah ditetapkan.

Pilihan bayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian atau melalui kad kredit/debit. Pengguna juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyEG untuk peranti Android di Google Play Store.

Berikut adalah kadar pungutan zakat fitrah tahun 2020 berdasarkan negeri-negeri di Malaysia:

NEGERI KADAR ZAKAT FITRAH (RM)
Perlis 7.00
Kedah 5.00, 7.00, 14.00, 21.00
Pulau Pinang 7.00, 16.00
Perak 7.00, 14.00, 21.00
Selangor 7.00, 14.00, 21.00
WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan 5.00, 7.00
Negeri Sembilan 7.00
Melaka 7.00, 14.00
Johor 7.00, 10.00
Pahang 7.00
Kelantan 7.00
Terengganu 7.00
Sabah 6.00, 7.50
Sarawak 7.00

Bagaimanapun, buat masa ini hanya enam agensi yang menyediakan kemudahan menunaikan zakat melalui platform MyEG iaitu:

  • Lembaga Zakat Selangor
  • Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
  • Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan
  • Lembaga Zakat Kedah
  • Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
  • Tabung Baitulmal Sarawak

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi khidmat pelanggan MyEG di talian 03-7801 8888 atau emelkan kepada help@myeg.com.my.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi MyEG menerusi laman media sosial rasmi iaitu di Facebooki: Friends of MyEG dan Twitter: @myegclub untuk sebarang pertanyaan.

Tinggalkan komentar