Sungguhpun terdapat pelbagai jenis perisian suntingan imej yang ditawarkan sehingga kini, masih terdapat ramai lagi pengguna Windows yang lebih selesa menggunakan perisian suntingan imej dari Microsoft iaitu MS Paint. Ia menjadi pilihan dek kerana perisiannya ringan dan ringkas untuk digunakan.
Bagaimanapun, perisian yang sudah menjadi sebahagian dari Windows selama 32 tahun ini bakal ditarik keluar dari sistem operasinya tidak lama lagi. Ini berikutan Microsoft telah merangkumkan Paint sebagai antara ciri-ciri yang “tidak layak” (deprecated) untuk disertakan bersama di dalam kemaskini Windows 10 Fall Creators Update yang akan datang.
Justeru, tidak akan ada lagi sebarang pembangunan untuk perisian berkenaan dan kemungkinan besar ianya tidak akan terdapat pada versi Windows yang akan datang.
Bagaimanapun, bukan MS Paint sahaja yang disenaraikan sebagai deprecated, fungsi-fungsi lain seperti IIS Management Compatibility, TPM Remote Management, Windows PowerShell 2.0 dan banyak lagi turut memasuki senarai berkenaan. Selain itu, fungsi yang lebih piopular seperti Outlook Express, 3D Builder, dan Reader turut dikeluarkan dari Windows 10 menjelang kemaskini Windows 10 Fall Creators Update ini.
Sumber berita diperoleh dari Microsoft













