Utama Android Moto Motorola Edge 30 kini di Malaysia pada harga dari RM1,599

Motorola Edge 30 kini di Malaysia pada harga dari RM1,599

991
0

Dilancarkan pada bulan lepas, Motorola telah memperkenalkan Motorola Edge 30, telefon pintar 5G paling nipis di pasaran dengan ketebalan 6.79mm. Kini, telefon pintar berkenaan dilaporkan membuka pra-tempahannya di Malaysia.

Selain mengetengahkan ciri rekaannya yang nipis, Motorola Edge 30 menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 778+ bersama-sama RAM 8GB dan storan dalamn 128GB.

Telefon dengan penarafan kelasakan IP52 ini juga menawarkan penggunaan paparan AMOLED Full HD+ 6.5-inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz, imbasan cap jari terbina dalam paparan dan sokongan memainkan kandungan HDR10+.

Untuk fotografinya, Motorola Edge 30 menggunakan kamera utama 50MP yang turut dibantu oleh kamera ultra-lebar 50MP yang juga boleh dijadikan sebagai kamera makro. Melengkapkan tatasusunan kamera belakangnya, sebuah kamera berkedalaman 2MP juga disediakan. Pada sebelah hadapannya pula, ditempatkan sebuah kamera 32MP yang boleh digunakan sebagai kamera swafoto.

Dilengkapkan dengan sepasang pembesar suara stereo yang menyokong Dolby Atmos, Motorola Edge 30 turut menyediakan bateri 4,020mAh yang membolehkan telefon ini digunakan dalam tempoh lebih dari 30 jam berterusan. Tidak ketinggalan, sebuah pengecas TurboPower 33W turut disediakan.

Dari segi sokongan rangkaian 5G, Motorola Edge 30 masih lagi belum disenaraikan di dalam senarai peranti di laman web rasmi DNB. Buat masa ini, telefon pintar ini bersama-sama telefon pintar 5G Motorola lain seperti Edge 20 Pro, Edge 30 Pro dan G51 masih lagi disenaraikan sebagai peranti yang akan menerima sokongan 5G di Malaysia kelak.

Anda boleh membuat pesanan Motorola Edge 30 menerusi kedai rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee pada harga RM1,599.

Tinggalkan komentar