Utama Android Moto Motorola datang lagi dengan Telefon e40 dan Edge 20 Pro di Malaysia

Motorola datang lagi dengan Telefon e40 dan Edge 20 Pro di Malaysia

Kali terakhir, Motorola memperkenalkan telefon boleh lipat generasi kedua Razr pada Februari lalu.

651
0

Sungguhpun tidak lagi mendominasi pasaran seperti di era kegemilangan GSM, Motorola masih lagi dianggap sebagai ‘abang lejen’ di dalam industri. Atas sebab itu, pemilik Motorola Mobility sekarang, Lenovo telah melancarkan telefon pintar Motorola baharu di pasaran Malaysia.

Awal tahun ini, Motorola baru sahaja melancarkan telefon boleh lipat Motorola Razr 5G di Malaysia pada Februari lalu.

Lanjutan dari itu, Lenovo Malaysia telah mengembalikan semula Motorola Mobility melalui telefon pintar peringkat pemula baharunya, Motorola e40. Melalui cipset lapan teras Unisoc T700, telefon ini menampilkan paparan IPS HD+ 6.53-inci HD+, bersama-sama RAM 4GB dan storan 64GB.

Telefon dengan persijilan IP52 ini juga membawakan kamera utama 48MP bersama-sama kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya pula, terdapat sebuah kamera 8MP yang ditempatkan pada paparan berpenebuk lubang di sebelah atas tengahnya. Melengkapkan spesifikasi Motorola e40, telefon ini hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan sehingga 10W melalui USB-C.

Dalam perkembangan yang samaa, Lenovo Malaysia juga melancarkan secara rasmi Motorola Edge 20 Pro di pasaran tempatan. Dilengkapkan dengan Qualcomm Snapdragon 870 bersama-sama papran OLED Full HD+ 6.7-inci 144Hz, telefon berkeupayaan 5G ini turut menampilkan RAM 12GB dan storan dalaman 256GB.

Dikatakan membawakan kamera paling berkuasa di dalam Keluarga Malaysia keluarga Motorola setakat ini, modul kamera Edge 20 Pro menawarkan kamera utama 108MP, kamera berperiskop telefoto 8MP dengan keupayaan zum optika 5x dan kamera ultra-lebar 16MP. Tidak ketinggalan, kamera hadapan 32MP turut disediakan pada paparan berpenebuk lubang pada sebelah hadapannya.

Sebuah bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan Motorola TurboPower 30W melengkapkan spesifikasi umum Motorola Edge 20 Pro. Sama seperti Motorola e40, telefon ini juga mempunyai persijilan IP52.

Boleh didapati menerusi gedung dalam talian rasmi Lenovo Malaysia di Lazada dan Shopee, Motorola e40 kini boleh didapati dengan harga RM599. Manakala Motorola Edge 20 Pro pula akan hadir ke pasaran tempatan kelak dengan harga RM2,499.

Tinggalkan komentar