Utama Teknologi GovTech MOF: Cadangan Pencen KWSP Bulanan adalah secara sukarela untuk ahli sedia ada

MOF: Cadangan Pencen KWSP Bulanan adalah secara sukarela untuk ahli sedia ada

74
0
YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan -Imej dari Facebook Lim Hui Ying

Kerajaan mencadangkan bayaran pencen bulanan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang dibentangkan baru-baru ini. Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan ahli sedia ada masih boleh kekal dengan sistem sedia ada dan boleh bertukar ke sistem baharu secara sukarela.

Menurut The Edge, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, “Cadangan penstrukturan semula akaun KWSP ini akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan sebahagian daripada simpanan ahli diperuntukkan khusus untuk menyediakan aliran pendapatan berkala sepanjang tempoh persaraan.”

Tambah beliau lagi, cadangan ini hanya untuk ahli KWSP baharu yang berdaftar selepas dasar baharu tersebut dilaksanakan. Bayaran pencen bulanan ini tidak melibatkan keseluruhan jumlah simpanan pekerja. Ini kerana caruman KWSP akan dibahagikan kepada dua dengan salah satunya boleh dibuat pengeluaran pada bila-bila masa atau sekaligus.

Cadangan bayaran pencen bulanan KWSP ini dibuat bagi mengukuhkan keterjaminan kewangan selepas persaraan. Dalam pada masa yang sama, kerajaan turut mempertimbangkan untuk menaikkan usia persaraan. Laporan tersebut menyatakan ia merupakan sebahagian daripada langkah persediaan bagi menghadapi peralihan ke arah negara tua yang dijangka berlaku menjelang 2043, apabila 7% daripada populasi berusia 65 tahun dan ke atas.

Tinggalkan komentar